KesihatanNasional

KKM cari sukarelawan barisan hadapan hadapi Covid-19

BEBENANG media sosial Twiter Ketua Pengarah Kementeriabn Kesihatan Malaysia (KP KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulah memaklumkan, pihak kementerian menyeru penglibatan sukarelawan untuk membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19.

Dalam catatannya, Dr. Noor Hisham menyeru penyertaan tenaga sukarelawan amat diperlukan bagi meringankan beban yang digalas dan dipikul oleh petugas-petugas kesihatan KKM di seluruh negara.

Kelmarin, Dr. Noor Hisham memberi peringatan kepada kita semua agar bersiap sedia menghadapi serangan wabak Covid-19 yang dijangkakan lebih buruk jika dibandingkan sebelum ini.

Sejak awal tahun lepas, Malaysia dilanda wabak Covid-19 yang mula-mula tercetus wabak ini di wilayah Wuhan, Republik Rakyat China dan merebak ke seluruh dunia sehingga menjadi satu pandemik.

Dalam bebenang Twiter Dr. Noor Hisam lagi, ada disertakan poster Penyertaan Sukarelawan Kesihatan Bagi Menangani Pandemik Covid-19 untuk rujukan semua.

Jika anda seorang yang berpengalaman dalam kerja-kerja barisan hadapan kesihatan, itu adalah satu kelebihan dan kesyukuran sekiranya tampil menjadi sukarelawan seperti mana yang dicari dan dikehendaki oleh pihak KKM.

Untuk ringkasan makluman semua, jawatan yang diperlukan sebagai sukarelawan KKM ialah pegawai perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan juruteknologi makmal perubatan.

Syarat untuk menjadi calon sukarelawan yang dicari-cari adalah seperti berikut:
-berusia antara 18 -60 tahun

-sihat dan cergas fizikal dan mental

-tidak hamil (bagi sukarelawan wanita)

-telah mendapat kebenaran dari majikan bagi yang bekerja

-bukan anggota KKM

-sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan

-tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam masa 14 hari

– SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button