Nasional

KKM amat perlukan sukarelawan perubatan Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyeru orang ramai untuk terlibat sebagai sukarelawan perubatan bagi menangani gelombang ketiga jangkitan pandemik Covid-19 di negara ini.

Sebanyak 9 perjawatan memerlukan tenaga sukarelawan dengan segera dalam usaha mengekang jangkitan virus maut tersebut.

Sukarelawan yang diperlukan adalah doktor perubatan, pegawai sains mikrobiologi, pegawai kesihatan persekitaran, jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, juruteknik makmal perubatan,juru X-ray dan pembantu kesihatan awam

Skop tugas sukarelawan yang diperlukan adalah untuk menjalankan perkhidmatan saringan suhu, simptom di fasiliti kesihatan, pintu masuk antarabangsa dan stesen kuarantin.

Tugasan lain termasuk siasatan kontak, pengambilan sampel Covid-19 di lapangan dan penjagaan serta rawatan pesakit di hospital.

Syarat-syarat bagi menyertai khidmat sukarelawan ini antaranya individu telah berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon bagi perjawatan yang berkaitan, sihat dan cergas secara fizikal dan mental.

Sukarelawan juga sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan dan selain tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam masa 14 hari.

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan boleh lengkapkan borang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui e-mel: [email protected]

Sehingga pukul 12:00 tengah hari semalam sebanyak 660 kes baharu telah dilaporkan. Menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,540 kes.

Sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 5,768 kes. Manakala seramai 167 orang telah meninggal dunia akibat jangkitan itu di Malaysia.- SM

 

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button