Uncategorized

KKM Akan Jalankan Pensampelan Rawak Bagi Kesan Omicron XE

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan pensampelan rawak di pintu masuk antarabangsa, bagi mengesan kehadiran mutasi baharu varian Omicron, XE dalam kalangan pengembara memasuki negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kementerian itu juga memantau kes COVID-19 di hospital.

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, KKM akan menggunakan semua protokol sedia ada.

“XE ialah Omicron Recombinant BA1 dan BA2, walaupun lebih kebolehjangkitan 10 peratus tetapi keparahan masih dipantau.

“KKM akan menjalankan pensampelan secara rawak di pintu masuk antarabangsa dan memantau kes-kes di hospital,” katanya.


Beliau berkata, usaha mengelakkan penularan varian berkenaan boleh dilakukan dengan meneruskan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP), ujian saringan COVID-19 menyeluruh, liputan vaksin dan penggunaan ubat antiviral.

Ditanya jika fokus akan diberikan terhadap negara tertentu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya hanya akan menjalankan pemantauan rapi, selain penjujukan genom.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengesahkan Malaysia belum mengesan kehadiran mutasi baharu varian XE yang setakat ini, dikesan di Thailand.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengikuti perkembangan berkaitan varian baharu itu, selain KKM sendiri belum mengetahui ciri-cirinya varian berkenaan.

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button