NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis rasmi Seminar Antarabangsa SUTERA 2023, SEMALU III

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun Melayu, Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA) 2023 & Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu Ke-3 (SEMALU III), semalam.

Seminar bertemakan “Budaya Penyelidikan Watan: Melestari Identiti Keunikan ASEAN” ini diadakan selama dua hari itu diadakan di Thaksin University (TSU), Songkhla, Thailand.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan Zaliman (kanan) semasa berkenan merasmikan Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun Melayu, SUTERA 2023 & SEMALU III di TSU Songkhla, Thailand.

Ia dianjurkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama-sama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), TSU, Thailand dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Keberangkatan tiba Baginda bersama Raja Puan Muda, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Presiden TSU Dr. Nathapong Chitniratna.

TSU adalah sebuah universiti yang telah berusia 55 tahun dan kini mempunyai 18,000 pelajar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan para hadirin selepas menyempurnakan Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun Melayu, SUTERA 2023 & SEMALU III di TSU Songkhla, Thailand, semalam.

Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP Prof. Datuk Ts Dr Zaliman Sauli, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) UKM, Prof. Datuk Dr. Roslee Rajikan dan Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia Dr. Aini Andria Shirin Anuarudin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga bertitah agar penyelidikan terhadap manuskrip Melayu lama diluaskan dan disinergikan dengan kecekapan ilmu sains dan teknologi terkini bagi memastikan bahasa serta budaya Melayu terus-menerus dikenali dan dipandang serius oleh masyarakat lokal dan antarabangsa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan perwakilan Malaysia selepas menyempurnakan Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun Melayu, SUTERA 2023 & SEMALU III di TSU Songkhla, Thailand, semalam.

“Bahasa dan ilmu persuratan Melayu sebagai khazanah warisan ilmu bangsa Melayu telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa,” titah Baginda.

Titah Baginda, Manuskrip Melayu seperti, Hikayat Hang Tuah, dan Hikayat Aceh, telah diangkat dan diwartakan, sebagai Warisan Dunia, oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu atau (UNESCO).

Pemangku Raja bertitah, pihak kementerian dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pula harus menitikberatkan pengukuhan adat, adab dan bahasa dalam kalangan generasi masa kini bukan sahaja dalam negara malah sehingga ke luar negara.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan “selfie” dengan pelajar TSU Songkhla selepas perasmian Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun Melayu, SUTERA 2023 & SEMALU III di Songkhla, Thailand semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Canselor UniMAP dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah sebagai Pro Canselor berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dengan membuka manuskrip yang dipersembahkan oleh Pengarah Program Bersama SUTERA 2023 & SEMALU III, Mohd Zaki Abdul Halim sambil diiringi alunan syair dan Nazam Kanzul ‘Ula.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan manuskrip sebagai simbolik perasmian Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun Melayu, SUTERA 2023 & SEMALU III di Songkhla, Thailand semalam.

Untuk rekod, penganjuran seminar ini merupakan lanjutan daripada SUTERA 2019 di Langkawi anjuran Pusat Bahasa Antarabangsa, UniMAP dengan kerjasama ATMA, UKM.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pelajar TSU Songkhla selepas menyempurnakan Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun Melayu, SUTERA 2023 & SEMALU III di Songkhla, Thailand semalam.

Antara panelis program tersebut kali ini adalah Profesor Emeritus Datuk Dr Asmah Omar, Dr Noriah Mohamed, Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan, Dr Burhan Che Daud dan Dr Nor Hashimah Jalaluddin. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button