Nasional

Polis, Peguam Negara dituntut siasat dokumen libatkan LGE, Tommy Thomas, Soon Peng

PENGERUSI Gerakan Tuntut Malaysia, Azlan Abu Bakar menutut pihak polis dan Peguam Negara menyiasat kesahihah dokumen yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berkaitan dengan pembebasan seorang usahawan yang dikenali sebagai Lim Soon Peng.

Bercakap kepada sekumpulan wakil media massa yang disiarkan secara penstriman langsung oleh portal berita Malaysia Gazette sebentar tadi, Azlan mempersoalkan mengapa dengan campur tangan Guan Eng dan Tommy, Soon Peng yang juga merupakan seorang pemaju hartanah yang akaunnya sebelum ini dibekukan, tidak lagi dibekukan.

Azlan mendakwa, siasatan harus dijalankan secara telus kerana nama Soon Peng adalah antara nama-nama yang dibekukan pemilikan akaun banknya yang pada ketika itu, kes perbicaraan 1MDB sedang berlangsung.

“Saya sudah ke SPRM dan hari ini, saya tampil membuat laporan polis menuntut agar polis dapat melakukan siasatan kesahihan dokumen yang tersebar.

“Saya juga menuntut agar Lim Guan Eng yang selama ini tidak menafikan tentang dokumen yang tersebar ini, supaya tampil membuat kenyataan sama ada dokumen ini palsu atau sahih,” kata Azlan.

Azlan turut memohon agar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang menggantikan Tommy membuat penelitian semula ke atas dokumen berkenaan.

Secara umum, Azlan menyenaraikan tiga perkara yang dituntut oleh Gerakan Tuntut Malaysia supaya rakyat tidak terus terkeliru untuk dilakukan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus.

Mohon kepada Tan Sri Idrus Haron sebagai Peguam Negara meneliti semula:

1 – Supaya mengesahkan adakah tindakan Lim Guan Eng dan Tommy Thomas menjadi satu kesalahan atau tidak mencampuri keputusan dan perbicaraan mahkamah yang sedang berjalan melibatkan kes 1MDB.

2 – Peguam Negara teliti semua kes melibatkan pemimpin parti politik yang menjadi musuh parti Pakatan Harapan.  Ada bersifat politik dan dendam politik. Tidak mahu heret rakyat kepada sesuatu kes itu. 1MDB kes bukan high level (high profile) pun. Hari ini, kes ini boleh campur tangan oleh menteri kewangan dan peguam negara (rujuk kepada Guan Eng dan Tommy).

Samada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak dan sebagainya yang diheret ke mahkamah atas dendam politik. Kita tak mahu perkara ini disalah erti oleh rakyat.

3 –Mohon Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun teliti semula semua akaun bank melibatkan entiti dan individu terlibat dengan 1MDB, dibatalkan. Tak nak pandang ringan, dilihat sebagai pilih kasih. Hari ni kau boleh, dia boleh lepas, yang lain tak boleh lepas. Kes ini dihentikan dan kesamarataan perlu ada. Dibatalkan pembekuannya (akaun) dan rujukan ini adalah hasil yang dilakukan oleh Tommy Thomas dahulu ketika menjadi Peguam Negara.

Azlan sekali lagi menegaskan dengan menuntut polis menyiasat kesahihan dokumen yang ada ditangannya itu. – SM

 

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button