Nasional

KKD teliti pemasangan internet di 200 kampung seluruh Kelantan

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti pemasangan internet satelit di 200 kampung seluruh Kelantan agar penduduk kawasan berkenaan dapat manfaat rangkaian internet yang lebih baik.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kesemua kampung berkenaan sukar diakses kerana terletak di luar bandar atau pedalaman.

“Sebelum kita buat ikhtiar atau program, kita mesti buat kajian rapi bagi memastikan penyelesaian itu sesuai dengan manfaat tempat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Agihan Bakul Makanan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kelochor, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengkaji semula model internet satelit di beberapa lokasi luar bandar yang digunakan sebelum ini bagi memastikan kesesuaiannya.

Sementara itu, Fahmi berkata, pihaknya akan memastikan rakyat menerima maklumat tepat melalui media arus perdana sepanjang tempoh kempen PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Secara am prinsip demokrasi, rakyat berhak mendapat maklumat. Kita akan teliti dan mengambil kira kesesuaian serta jangkaan apa yang rakyat inginkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, tidak sepatutnya wujud dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan persekutuan meminggirkan Kelantan.

“Mereka perlu mendengar sendiri bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sejumlah projek dan peruntukan yang diberikan khusus untuk memastikan pembangunan di negeri Kelantan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. – SUMBER FMT – SM

BACA 1,488 penghuni PPR Taman Bagan Jaya, P. Pinang bakal nikmati kemudahan internet percuma

BACA Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ditwarkan dengan harga lebih rendah

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button