Nasional

UPSI anjur perbincangan meja bulat dengan Bank Dunia tentang kajian prasekolah

PUSAT Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), UPSI dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara(NCDRC) dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Perbincangan Meja Bulat di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City semlam.

Gambar beramai-ramai ahli-ahli Panel Meja Bulat

Pengarah CPRI, Prof Dr Nordin Mamat berkata, perbicangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI dan juga secara dalam talian itu membincangkan hasil kajian tinjauan komprehensif terhadap Pendidikan Prasekolah di Malaysia (Shaping First Steps: A Comprehensive Review of Preschool Education in Malaysia).

Katanya, perbincangan berkenaan bertujuan bagi menjawab isu dan memberi respon hasil laporan World Bank 2023 dalam usaha untuk mengukuh dan memperkasa Pendidikan Awal Kanak-kanak negara.

Dari Kiri: Cik Hasviniy, Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa, Dr.
Aija Maarit Rinkinen dan Prof. Dr. Nordin Mamat

Perbincangan, katanya, membabitkan Panel Utama, Senior Education Specialist in the World Bank Education Global Practice, East Asia and Pacific, Dr. Aija Maarit Rinkinen; wakil World Bank Group, Malaysia, Carmen Loo, wakil UPSI, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob, President of ECCE Council, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor), Prof. Dr. Nor Hashimah Hashim (Albukhary International University), Prof. Madya Dr. Lydia Foong (Taylor’s University), En. Elvis Gan Kah Keng (Persatuan TADIKA Malaysia), Dr Rashidah Elias (IPGM Kuala Terengganu), En. Muhammad Azrul Aidi Philip Bin Abdullah (KEMAS), Pn. Siti Ruzita Ramli Mokter (Persatuan TADIKA Islam); President, Persatuan Pengasuhan Dan Perkembangan Awal Kanak- Kanak), Anisa Ahmad; serta Ts. Mohamad Hairunnizam Murad (Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional).

Pembentangan oleh Dr. Aija Maarit Rinkinen

Selain itu Carolyn Marie Choo (Segi University), Dr. Amira Najiha Yahya (Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya), Ts. Mohamad Hairunnizam Murad (Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional); Dr. Mohamed Ayob Sukani (Universiti Selangor), Norsheila Abdullah (Community Learning Curve), Pn Norzaini Yang (Universiti Malaya Centre for Continuing Education) serta dari pelbagai agensi seluruh negara.

Perbincangan Hibrid

Perbincangan ini dimulakan oleh Dr. Aija yang mengupas tentang dapatan penting dan cadangan daripada kajian World Bank yang antara lain berkaitan sistem yang berasingan antara pusat asuhan bagi kanak-kanak empat tahun ke bawah dan prasekolah (lima hingga enam tahun) yang diasingkan di bawah kementerian yang berbeza dan menyukarkan penyelarasan pada pandangan beliau.

Nordin berkata, turut diberi perhatian adalah berkaitan peratusan kemasukan kanak-kanak yang berdaftar di prasekolah yang menurun, kualiti guru prasekolah yang tidak mempunyai kelayakan minima iaitu Diploma In Early Childhood Care terutamanya bagi prasekolah swasta.

Peserta Bersemuka

“Begitu juga kanak-kanak ini sebahagiannya kurang nutrisi dan penjagaan kesihatan. Beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya mewajibkan pendidikan prasekolah sekurang-kurangnya setahun,” katanya.

Beliau berkata bantuan kewangan sebagai sokongan kepada ibu bapa dan pengoperasian prasekolah serta memastikan standard kualiti prasekolah yang memenuhi kriteria yang penting mengikut keperluan semasa.

Hasil daripada perbincangan ini akan diajukan ke peringkat Kementerian demi kesejahteraan dan masa depan pendidikan awal kanak-kanak. -SM

BACA Daya tahan Malaysia semasa pandemik diiktiraf Bank Dunia

Baca : Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama dengan kerajaan Saudi, Kazakhstan

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button