Uncategorized

Pendekatan baharu KPDNHEP Kempen Beli Barangan Malaysia terbaik!

Barang Baik Barang Kita dalam video Upin & Ipin musim 14

BERKEMPEN perlu keluar daripada takuk lama. Hari ini, dalam mengamalkan normal baharu kehidupan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diterajui menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengorak satu langkah baharu dalam menyantuni para pengguna menerusi Kempen Barang Baik Barang Kita.

Slogan Barang Baik, Barang Kita dizahirkan menerusi animasi popular Asia Tenggara, Upin & Ipin.

Bersandarkan kepada video Upin & Ipin Musim 14 – Barang Baik Barang Kita, anda boleh saksikan kerjasama pintar di antara KPNDHEP dan Les Copaque dalam menyampaikan maklumat berkenaan dengan beli barangan buatan Malaysia.

“Pihak kami KPDNHEP teruja dengan sambutan yang diterima daripada muatnaik video tersebut di media sosial YouTube yang mana tidak sampai 48, video itu beroleh 2 juta tontonan,” kata KPDNHEP kepada wartawan SUARA MERDEKA menerusi mesej menerusi aplikasi WhasApp.

Menurut KPDNHEP, ini adalah satu lagi inisiatif pihak kementerian dalam memupuk kesedaran dan meningkatkan lagi kecintaan terhadap barangan buatan tempatan.

“Kita perlu terus memupuk kesedaran terhadap kempen Beli Barangan Buatan Malaysia pada segenap lapisan masyarakat.

“Kuasa kempen juga terletak pada kanak-kanak yang memp-engaruhi ibu bapa untuk membeli barangan yyang divisualkan menerusi video Upin & Ipin Barang Baik Barang Kita.

“Kami percaya sewaktu berita ini ditulis oleh wartawan SUARA MERDEKA, jumlah tontonan ke atas video itu boleh mencecah lebih 2.2 juta tontonan,” katanya.

Menerusi video tersebut juga, penonton dapat menyaksikan kemunculan istimewa Datuk Seri Alexander yang mungkin selama ini, mempunyai bakat lakonan. – SM

(Visited 847 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button