Nasional

Warga UniMAP disaran cakna kesejahteraan siber

Seluruh warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipohon supaya cakna akan kepentingan Kesejahteraan Siber atau dalam bahasa Inggeris – cyber wellness.

Kesejahteraan Siber mendokong amalan penggunaan internet yang bertanggungjawab, bermoral dan berintegriti. Amalan penggunaan internet yang berpandukan nilai-nilai beretika akan menyumbang kepada kesejahteraan siber dalam kalangan warga UniMAP, yang seterusnya terkait dengan kesejahteraan hidup, secara amnya.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima taklimat akhir mengenai deraf ‘Dokumen-Dokumen Perisytiharan dan Statut-Statut UniMAP’ yang diadakan di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Naib Canselor, Prof Dr Ir Ts R Badlishah Ahmad dan Penasihat Undang-Undang, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ir. Dr. Mohd Rizal Arshad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Badlishah pula memaklumkan bahawa, ‘Terkini, bagi kaedah komunikasi, UniMAP telah mengambil langkah lebih ke hadapan dengan melaksanakan migrasi Zimbra emel sedia ada ke Gmail (google mail). Selain penjimatan yang ketara sekitar RM170 ribu setahun dan ianya percuma, manfaat penggunaan Gmail termasuklah penstoran emel dan Google drive tanpa had, dan mendapat akses kepada Google Classroom dan aplikasi lain dalam Google Suite. Alhamdulillah proses migrasi telah bermula pada 22 Februari yang lalu lagi’.

Tambah beliau lagi, ‘Insya-Allah akan ada lebih banyak inisiatif menggunakan teknologi untuk tujuan kecekapan kerja pada fasa-fasa seterusnya yang akan menjadikan UniMAP sebuah kampus pintar dalam erti kata sebenar, supaya kita dapat bergerak dengan lebih efektif dan efisien’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP telah memperkenankan untuk berangkat menyempurnakan majlis penandatanganan ‘Statut UniMAP’ pada hari sabtu ini, 10 Oktober 2020.

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button