
KJ keluar terus dari UMNO?
“Saya sedang menikmati kehidupan yang baik sekarang, kenapa saya nak tinggalkan ini?”
Demikian ungkapan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika ditanya adakah beliau akan kembali ke pangkuan UMNO.
Jawapannya itu memberi bayangan beliau akan keluar terus dari UMNO dan tidak akan kembali merujuk dengan parti itu.
Bercakaap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran menu baharu jenama minuman Tealive di IOI Mall Putrajaya hari ini, Khairy mengulangi pendiriannya bahawa dia tidak berminat untuk kembali ke pentas politik, dengan mengatakan dia mempunyai kehidupan yang baik sebagai podcaster dan hos radio sekarang.
Beliau yang kini mengendalikan podcast Keluar Sekejap iberkata gembira dengan kehidupan sekarang, sekali gus memberi gambaran dia mungkin tidak kembali ke pentas politik dalam masa terdekat di tengah-tengah spekulasi rombakan kabinet.
Podcast Keluar Sekejap itu seolah-olah memberi bayangan beliau hanya akan keluar sekejar dari UMNO.
Khairy bagaimanapun enggan mengulas mengenai gesaan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar semua orang Melayu menyertai jawatankuasa sekretariat baharunya.
“Saya bukan ahli Perikatan Nasional (PN) dan juga bukan ahli UMNO buat masa sekarang. Seeloknya saya tak komen,” katanya. – SM