Nasional

KJ jumpa Veveonah, ibu bapanya sampaikan maaf kerajaan

Kerajaan Perikatan Nasional melalui Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon maaf kepada pelajar Veveonah Mosibin ekoran kontroversi yang tercetus baru-baru ini.

Khairy menerususi ciapan di Twitternya berkata, dia bertemu dengan remaja terbabit di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Dalam pertemuan itu, Khairy Jamaluddin turut menyampaikan permohonan maaf kerajaan kepada ibu bapa pelajar terbabit.

“Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan,” ciap Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu turut memberi cadang kepada pelajar berkenaan untuk berkerjasama dengan Yayasan Inovaso bagi membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar.

Sebelum ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahim Bakri  mendakwa Veveonah menipu apabila menerbitkan video beliau memanjat pokok untuk mendapatkan talian internet untuk menjawab soalan peperiksaan secara dalam talian.

Zahidi memohon maaf dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai pelajar Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet.

Terdahulu, media melaporkan Zahidi berkata hasil siasatan kementerian mendapati Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.

Veveonah dalam laporan sebuah portal kemudian menafikan kenyataan Zahidi dan mendakwa dia memang mengambil peperiksaan seperti dalam video itu.-SM

 

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button