Nasional

Tiga ahli pemegang saham Bank Rakyat mohon tamatkan Akta 202

TIGA orang ahli dan pemegang saham Bank Rakyat iaitu Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Datuk Mustafha Abd Razak dan Datuk Rahim Yunus menfailkan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah menamatkan kuatkuasa Akta 202.

Permohonan tersebut dilakukan melalui Peguamcara Tetuan Haniff Khatri dengan menamakan Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Menteri Kewangan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai responden bagi mendapatkan pengisytiharan oleh mahkamah bahawa Akta Bank Rakyat (Peruntukan Khas) 1978 [Akta 202] adalah merupakan undang-undang yang dimaksudkan untuk berkuatkuasa bagi sementara waktu.

Menurut Haniff, pemfailan permohonan itu dibuat susulan keputusan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof yang menolak permohonan ahli Bank Rakyat untuk memansuhkan Akta 202.

“Pemfailan permohonan juga dibuat susulan keputusan Lembaga Pengarah Bank Rakyat yang menolak permohonan ahli Bank Rakyat untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi membentangkan usul untuk menamatkan perjalanan kuatkuasa Akta 202,” katanya.

BACA> Beri mandat kepada rakyat untuk elak elit politik ‘mencari faedah’

Jelas Haniff, keengganan memansuhkan Akta 202 itu telah menafikan keadilan asasi kepada pemohon dan ahli Bank Rakyat yang lain sedangkan pertimbangan semasa Rang Undang-Undang Bank Rakyat yang dibentangkan telah tercapai.

Ujarnya, Perdana Menteri ketika itu, Allayarham Tun Hussien Onn menyatakan secara jelas bahawa kewujudan Akta 202 hanyalah sebagai langkah sementara bagi menyelamatkan Bank Rakyat daripada salah pengurusan dan insolvensi

Haniff turut mengatakan sejurus masalah tersebut diperbaiki, pentadbiran dan pengurusan Bank Rakyat akan dikembalikan kepada Bank Rakyat untuk mentadbir dan menguruskan hal-ehwalnya sendiri.

BACA> Lelaki ini rai kemenangan Liverpool di kubur ayah

“Kami telah diarahkan untuk menegaskan bahawa pinjaman yang diberikan oleh kerajaan kepada Bank Rakyat telah dibayar sepenuhnya hampir 20 tahun yang lalu,” jelasnya.

Tambahnya, pemohon juga percaya telah tiba masanya
pengurusan Bank Rakyat dikembalikan kepada ahli-ahli Bank Rakyat sendiri untuk diuruskan tanpa campur tangan pihak Kerajaan. -SM

(Visited 815 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button