Nasional

Anwar Ibrahim bertemu Presiden Turkiye, Erdagon

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Turkish House di Manhattan, New York untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA78).

Menurut pegawai, antara tajuk perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu ialah berkaitan usaha mencari jalan untuk menangani Islamofobia di peringkat global.

Turkiye akan melaksanakan strategi di lokasi kegiatan yang berpusat di Eropah dan Timur Tengah manakala Malaysia di kawasan Asia.

Bulan lepas, Perdana Menteri Anwar memberitahu media bahawa beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Erdogan menerusi perbualan telefon.

Dan mereka bersetuju untuk melihat kemungkinan memulakan suatu pergerakan dan melakukan sesuatu bagi mengatasi serangan terhadap Islam terutama Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Selepas pertemuan dengan Erdogan, Perdana Menteri Anwar dijadual bertemu dengan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi diikuti dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

Ini merupakan penampilan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri di perhimpunan tahunan itu dan beliau dijadual menyampaikan Pernyataan Negara Malaysia di Perbahasan Umum di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu pada Jumaat (22 September).

Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. – SM

BACA Misi bantuan Malaysia ke Turkiye membanggakan – Anwar

BACA Tahniah Erdogan, hubungan Malaysia – Turkiye lebih mantap – Anwar

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button