Nasional

Samun: Koperal polis ditahan, dua lagi diburu

SEORANG anggota polis berpangkat koperal (status tahan kerja) telah ditahan kerana terlibat kes samun dan menyamar polis.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Perdana 3/10, Pandan Perdana, kira-kira pukul 7 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd. Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa, wanita warganegara China berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan.

“Tiba-tiba datang tiga suspek lelaki disyaki warga tempatan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Lelaki pengedar dadah ditahan

Menurut Mohd. Azam, suspek kemudian telah memegang kedua-dua belah tangan mangsa dan sebelum menariknya ke kawasan meletak kenderaan.

Jelasnya, mangsa kemudian menjerit untuk meminta tolong sebelum datang beberapa orang awam di kawasan berhampiran yang menyelamatkannya.

“Dua suspek telah melarikan diri manakala seorang lagi suspek, lelaki berusia 46 tahun yang juga bekerja sebagai polis (status Tahan Kerja) telah ditangkap.

“Mangsa mengalami kerugian wang tunai lebih kurang RM5,000 dan barangan peralatan solekan wanita,” katanya.

BACA> 515 ditahan ingkar arahan PKP dalam operasi polis

Ujarnya lagi, usaha untuk menangkap dua lagi suspek sedang dijalankan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan. -SM

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button