Politik

Kita tawarkan 20 liter untuk mereka yang terkesan. Diperlekehkan juga!

Tawaran pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah di Johor tidak sepatutnya diperlekehkan.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, pemberian air percuma yang terkandung dalam Ikrar PN Johor sempena pilihan raya negeri (PRN) itu amat bermakna kepada kumpulan tersebut.

“Kita tawarkan 20 liter untuk mereka yang terkesan. Diperlekehkan juga. Ini menunjukkan ketidakpekaan ataupun keangkuhan. Ada yang kata ‘ah… tak apalah ini pun dulu saya buat, sekarang dia buat. Dia tiru saya’.

“Ini bukan mengenai tiru meniru. Ianya berkaitan kefahaman, keyakinan, kepekaan dan keprihatinan yang ada pada Kerajaan PN terhadap kehidupan rakyat Johor.

“Perkara kecil pun memberi makna yang besar kepada mereka yang kurang berkemampuan. Orang yang cakap ini sudah kaya. Tak apa,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Dialog Bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan Menteri-Menteri Berkaitan Ekonomi di sini hari ini.

Menteri terbabit adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Sementara itu Muhyiddin berkata, Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2.0 akan siap dalam tempoh tiga bulan lagi dan akan dibentangkan kepada Majlis Pemulihan Negara sebelum di bawa ke Kabinet untuk diluluskan.

Muhyiddin mengumumkan PPN 2.0 pada 11 Januari lalu yang dirangka secara lebih komprehensif serta inklusif bagi memastikan pemulihan negara seterusnya yang bersifat menyeluruh.

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button