Politik

Kita Kekal Tenang, Serahkan Lima Kepimpinan Atasan Buat Keputusan

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memuji sikap semua jurucakap semasa perhimpunan UMNO Malaysia 2021 yang tidak menghentam sesama sendiri dan sentiasa menghormati kepimpinan atasan.

Kita tahu bahang PRU 15 semakin dekat, jadi kita yang di bawah, harus yakin, percaya, berikan mereka masa dan serahkanlah bulat-bulat kepada 5 kepimpinan atasan parti yang dketuai Dato’ Seri Presiden Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk tentukan tarikh PRU 15 nanti.

Tidak perlu kita yang dibawah mencurah minyak sesama sendiri kerana kerajaan kini, BN yang memimpin. Jika kita tidak sabar dan terjerit-jerit nak bubar Parlimen, rakyat akan melihat kita gila kuasa dan pasti mereka akan mengatakan yang UMNO dah berperangai seperti dulu.

Kita kini seharusnya bergandingan sesama kita dan terus menyerang pembangkang, bukan dalaman parti. Kita mesti menyatakan dan mewar warkan kepada rakyat dan akar umbi, kerajaan yang diteraju BN di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri sekarang ini, sebenarnya sudah nampak sinar dalam menstabilkan ekonomi negara dan juga telah berani mengutamakan rakyat.

Lihat sahaja apabila BN diberikan kuasa majoriti memerintah negeri Melaka dan Johor kini, ramai pelabur sudah kembali ke Malaysia dan berminat untuk melabur. Ditambah lagi dengan pembukaan sempadan negara bermula 1 April nanti dan juga permohonan I-Sinar yang diluluskan serta Bantuan Keluarga Malaysia yang diumumkan sama pada hari I-Sinar dimaklumkan.

Saya berharap agar kita rapatkan barisan, satukan hati dan terus memberi mandat kepada pemimpin kita untuk membawa parti kita menjadi parti dominan yang mampu membawa suara rakyat bila memerintah selepas PRU 15 nanti, jika diizinkan Allah.

MUHAMAD MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button