Nasional

Pusat Pengajian Bahasa Melayu UPSI di Uzbekistan Johan PABM tiga tahun berturut-turut

PESERTA dari Pusat Antarabangsa Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tashkent State University of Oriental Studies( TSUOS) menjuarai kategori antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2023 yang berlangsung semalam.

Pertandingan yang merebut Piala Perdana Menteri 2023 yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Azlinda ( tiga dari kanan) bersama dua pemenang kategori antarabangsa Gulzoda Utkurova ( dua dari kanan) dan Sarvinoz Akramova Abduvohid Qizi (tiga dari kiri) yang ditemani Prof Norkhalid, Dr Mazura (kanan) serta Sabariah (kiri).

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pertandingan yang dianjurkan atas hasrat Menteri Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu bermatlamat ke arah pemerkasaan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa serta menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi global.

“Akademia UPSI di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) berjaya membuktikan bahawa pelajar antarabangsa seperti di Uzbekistan meminati bahasa Melayu dan menguasainya dengan baik di pentas pidato yang berprestij itu,” katanya.

Beliau melahirkan kegembiraan atas kemenangan peserta kategori antarabangsa itu berikutan mendapat bimbingan seorang pensyarah Bahasa Melayu UPSI iaitu Dr Sabariah Sulaiman.

Johan

Dalam pertandingan itu menyaksikan Gulzoda Utkurova dinobatkan sebagai johan manakala, Sarvinoz Akramova Abduvohid Qizi memenangi naib johan dan hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman.

Kedua-dua mereka sedang mengikuti Program Mobiliti Antarabangsa Inbound Tanpa Kredit UPSI- TSUOS bagi semester satu sesi 2023/2024.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin menganggap kejayaan itu membanggakan UPSI yang berjaya melatih dengan berkesan dan baik dua peserta berkenaan selama beberapa bulan lalu.

Sebelum ini FBK berjaya melatih peserta dari Uzbekistan State World Languages University (UzWSLU) iaitu Nargiza Ortikova untuk muncul johan PABM tahun 2021 dan  Qurbanov Ozad yang menjadi johan pada 2019.

Naib Johan

Sementara itu, Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura @Mastura Muhammad turut gembira dengan pencapaian akademia FBK yang memberi komitmen yang tinggi di Uzbekistan untuk memberi latihan intensif sehingga persembahan mereka memukau juri persembahan.

” Usaha pengembangan Bahasa Melayu di Uzbekistan turut mendapat sokongan kuat dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Uzbekistan.

Katanya, kejayaan tiga tahun berturut-turut itu adalah hasil daripada strategi dan teknik yang digarap hasil pengamatan terhadap kekuatan dan kelemahan seseorang peserta.

Beliau berterima kasih kepada kedua-dua buah universiti yang sedia menerima jalinan kerjsama dengan UPSI khususnya dalam bidang berkaitan Bahasa Melayu. -SM

Baca : PM Anwar mengeluarkan amaran keras terhadap fitnah terhadapnya

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button