Berita

Syed Saddiq selesai jalani pembedahan apendik

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan apendik pagi tadi.

Pejabat beliau dalam satu kenyataan hari ini bagaiamanapun tidak memaklumkan bila dan lokasi Ahli Parlimen Muar itu dimasukkan ke hospital.

“Adalah dimaklumkan bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baharu sahaja selesai menjalani pembedahan atas masalah apendisitis sebentar tadi.

“Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil.

“Kami memhon agar beliau diberkan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawar dibenarkan buat seketika waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button