Politik

Kit Siang tuntut bebaskan Fahmi Reza

PEMIMPIN vateran DAP Lim Kit Siang menggesa agar pihak berkuasa melapaskan segera pereka grafik Fahmi Reza tanpa syarat dengan segera.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyertai beberapa pemimpin DAP lain yang mendakwa satira politik bukan satu jenayah.

“Malaysia dengan pantas melenyapkan jurang penindasan dan autorisme – contoh terbaru ialah penangkapan aktivis artis Fahmi Reza.

“Saya bergabung dengan gesaan untuk pembebasan Fahmi secara langsung dan tanpa syarat kerana satira politik bukanlah suatu jenayah.

“Yang paling menyedihkan adalah polis menceroboh masuk ke rumah Fahmi dan kerosakan pada pintu depan semasa penangkapan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beberapa pemimpin DAP sebelum ini secara terbuka mahu supaya Fahmi Reza dilepaskan kerana mendakwa satira politik dan seni bukan satu jenayah.

Antaranya Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen yang berpandangan satira dan seni yang dihasilkan oleh Fahmi bukan satu bentuk jenayah.

“20 anggota polis datang untuk memecah pintu rumah Fahmi Reza petang ini dan membawanya ke IPD Dang Wangi. Satira bukan jenayah. Seni bukan jenayah,” kata Kelvin.

Sementara ADUN DAP Kampung Tunku Lim Yi Wei pula berkata, idea yang dilontarkan adalah ‘kebal peluru’.

“Di sebalik topeng ini ada lebih dari sekadar daging. Di bawah topeng ini ada idea dan idea-idea kebal peluru. Petang ini, polis datang untuk memecah pintu Fahmi Reza dan membawanya ke IPD Dang Wangi. Satira bukan jenayah. Seni bukan jenayah. Solidariti dengan #FahmiReza,” katanya.

Fahmi ditangkap petang semalam dan terpaksa bermalam du Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi malam tadi.

Beliau akan dibawa ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini bagi permohonan reman di bawah Seksyen 11 Kanuan Prosedur Jenayah bagi siastan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pereka grafik itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong.

“Suspek telah memuat naik satu hantaran dipautan Facebook yang mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta kenyataan berbunyi ‘This Is Dengki Ke? 100 dengki songs all in one playlist.

“Suspek turut memuat naik satu link di Spotify yang menyenaraikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘jealousy’ berserta gambar Raja Permaisuri Agong yang tertera perkataan ‘This Is Dengki Ke’,” katanya dalam satu kenyataan media.

Fahmi sebelum ini memuatkan 100 buah lagu bertemakan dengki dengan wajah Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sesawang muzik, Spotify.

Lagu-lagu tersebut dimuat naik menggunakan akaun ‘Kuasasiswa’ yang dimiliki oleh Fahmi.

Pada kepala laman tersebut terdapat poster gambar Tunku Azizah dengan perkataan ‘This Is Dengki Ke? Uncensored’ atau dalam bahasa Melayu ‘Ini Dengki Ke?’ Tidak ditapis’.-SM

 

(Visited 528 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button