Ekonomi

Cullinan SUV paling berkuasa dari Rolls-Royce

DI Pameran Motor Geneva pada Mac 2016, Rolls-Royce Motor Cars mempersembahkan Black Badge; motorkar yang tetap dalam famili Bespoke mendefinisikan corak cita rasa generasi konsumer mewah lampau baharu.

Produk yang berani dan berdinamik tinggi ini menarik perhatian mereka yang enggan menerima kod kemewahan tradisional serta memikat hati ramai pelanggan baharu kepada jenama, diyakinkan oleh kefasihan Rolls-Royce dalam membentuk keperluan gaya hidup tanpa kompromi serta estetik yang berani.

Alter ego yang begitu berjaya ini dikodifikasikan oleh simbol matematik infiniti yang membawa makna tanpa batasan, terpamer tanpa terlalu menonjol di dalam bahagian dalaman motokar.

Simbol ini, juga dikenali sebagai lemniskat, pernah digunakan pada Blue Bird K3 yang dikuasakan oleh Rolls-Royce, iaitu sebuah pesawat peluncur yang memecahkan rekod milik Sir Malcolm Campbell, menunjukkan bahawa ia berada dalam kelas terjamin untuk bot dengan kuasa enjin tanpa batasan, iaitu infiniti.

Rolls-Royce Motor Cars memilih cap kempa ini untuk Black Badge, kerana simbol ini menyerupai sifatnya yang tidak terhenti-henti dalam mengejar kuasa.

CULLINAN
Anas Zawawi Khalid bersama model Rolls-Royce Cullinan.

“Kami melihat perubahan yang ketara dalam arena Super Mewah di Malaysia. Tambahan pula, semakin ramai pelanggan Rolls-Royce terdiri daripada golongan yang muda dan menggemari cabaran lasak di samping kumpulan klientel yang lebih matang.

“Kami telah memberi penampilan yang lebih segar untuk rangkaian Black Badge tahun 2020, dan menerima respon yang tinggi daripada pelanggan yang menginginkan sesuatu yang sangat kontemporari dan berani,” Pengarah Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Anas Zawawi Khalid.

Cullinan Lebih Gagah Dengan Warna Hitam

Direka untuk memenuhi permintaan yang mengagumkan daripada pelanggan yang semakin muda, Cullinan yang berwarna perak, dilancarkan kepada orang ramai pada 2018, lantas menjadi SUV mewah lampau yang terbaik di dunia.

Menggabungkan kemewahan dalam bentuk yang paling tulen dengan kebolehan luar jalan raya (off-road capability) dan sifat praktikal yang sejati, Cullinan jelas sekali direka berasaskan janji demi pengalaman yang lancar di mana-mana sahaja – ‘Effortless, Everywhere’.
cullinan
SUV Rolls-Royce ini berjaya memikat hati kumpulan pelanggan baharu yang menginginkan akses bebas ke tempat-tempat di luar jangkaan dan pengalaman yang
paling bernilai.

Namun,dalam kumpulan ini, terdapat subset individu yang mencari-cari cara untuk menyembunyikan kehadiran kenderaan yang begitu ketara pada waktu
malam.

Cullinan telah berjaya menguasai pencapaian yang paling luar biasa di dunia.

Kini masanya Black Badge Cullinan menakluki sempadan urban baharu.

Eksterior Black Badge Cullinan: ‘The King of the Night’

Pelanggan boleh memilih daripada 44,000 pilihan cat “sedia pakai” ataupun menghasilkan warna Bespoke peribadi.

Dijangka bahawa ramai yang akan memilih warna Black iaitu warna ‘signature’ untuk Black Badge. Berbilang lapisan cat dan lakuer disapu dengan teliti dan digilap tangan untuk 10 kali di Home of Rolls-Royce di Goodwood, West Sussex.

Ini mewakili proses kemasan permukaan paling komprehensif yang pernah digunakan pada warna cat tunggal. Kedalaman dan keamatan badan kenderaan Black Badge Cullinan merupakan kanvas yang sempurna untuk menonjolkan Garisan Koc (Coachline) yang dilukis tangan.
cullinan
Ekspresi Black Badge yang paling penting terletak di bahagian hadapan motorkar.

Maskot The Spirit of Ecstasy, yang banyak berubah-ubah bentuk sepanjang sejarah syarikat, dibuat dengan krom hitam yang sangat berkilat. Untuk kali pertama kemasan ini dilanjutkan ke atas plat cagakan, menghasilkan Black Badge yang legam.

Transformasi ini turut digunakan pada simbol lain Black Badge. Lencana ‘Double R’ berwarna perak atas permukaan hitam dengan kesan timbul-tenggelam terletak di hadapan, manakala permukaan krom seperti keliling gril hadapan (front grille surround), kemasan bingkai tepi (side frame finisher), pemegang but (boot handle), trim but (boot trim), kemasan salur masuk udara bawah (lower air inlet finisher) dan paip eksos (exhaust pipe) digelapkan warnya. Walaupun kelihatan legam, bar gril vertikal (vertical grille bar) tetap digilap sehingga berkilat untuk memantulkan pergerakan persekitaran yang dinamik.
cullinan
Efek keseluruhannya memudahkan dan memperbesar grafik rekaan luaran motorkar secara licin, menekankan sifat perkadaran dan posisi keyakinannya. Ciri dramatik kelihatan di roda aloi buatan 22-inci yang baharu, eksklusif untuk Black Badge Cullinan sahaja.

Rekaannya gaya Black Badge house style, grafik seakan-akan gear untuk menonjolkan lagi kuasa simpanan tinggi yang ada pada model ini, seperti juga lemniskat infiniti yang ditonjolkan, kuasa tanpa batasan.

Rekaan berwarna hitam kilat ini juga dipadankan dengan angkup brek (brake caliper) berwarna yang pertama dalam sejarah pembuatan jenama. Cat Merah yang sangat berkilat (high gloss Red) dicipta khas untuk menahan suhu yang tinggi hasil daripada sistem brek yang dipertingkatkan sambil mengekalkan kemasan licin dan sempurna Rolls-Royce yang sewajarnya.

Interior Black Badge Cullinan: Keselesaan yang tiada bandingan. Rekaan yang berani.

Biasanya, banyak usaha diperlukan untuk menjauhkan seseorang pemilik Rolls-Royce daripada fungsi mekanikalnya. Namun, pakar Warna dan Trim (Colour and Trim) jenama ini mensensasikan bahan kejuruteraan Black Badge secara halus, dengan mengemblengkan ciri-ciri keselesaan yang tiada bandingan, estetik yang berani, bahan yang berteknologi dengan ketepatan tinggi dan kerja tangan yang amat teliti.

Etos ini terangkum dengan sempurna oleh venier Karbon Teknikal Black Badge Cullinan.

Berdasarkan falsasah pengasas Sir Henry Royce, “Jika sesuatu itu tidak wujud, kita reka” (“If it does not exist, design it”), kolaborasi antara para pereka, jurutera dan tukang kraf jenama ini telah menghasilkan sesuatu yang baru dan mewah.

Berinspirasikan reka bentuk urban karya agung, kemasan serat-karbon tenunan terbuka (naked-weave carbon fibre) telah dihasilkan untuk membentuk geometri ulangan yang sangat tepat dengan efek tiga-dimensi yang jelas.

Setiap dedaun Karbon Teknikal dikemaskan dengan enam lapisan lakuer sebelum dibiarkan kering selama 72 jam, kemudian digilap tangan untuk menghasilkan kemasan cermin cap kempa (hallmark mirror finish) Rolls-Royce.

Proses ini mengambil masa sehingga 21 hari dan dianggap selesai selepas setiap kepingan diperiksa oleh tukang kraf untuk memastikan keseragaman reflektif yang lengkap pada setiap satu daripada 23 kepingan dalam kenderaan ini.

Starlight Headliner telah menjadi salah satu ikonografi bersejarah Rolls-Royce seperti the Spirit of Ecstasy, Gril Pantheon (Pantheon Grille) dan monogram ‘Double R’.
cullinan
Starlight Headliner dalam Black Badge Cullinan mampu suasana istimewa dalam kabin, amat mewah apabila cahaya malap menyerlah di atas tempat duduk perbuatan kulit.

Di bahagian atas kabin, kulit yang berwarna hitam dipilih, dan 1344 cahaya optik gentian disulam tangan, untuk memberikan kesan berada di langit malam.

Untuk memberikan daya tarikan yang lebih istimewa, lapan bintang meteor akan dapat dilihat melintasi secara rawak.

Berdasarkan falsafah Bespoke, Black Badge Cullinan menggunakan pelet warna dalaman (interior colour palette) dengan konfigurasi pilihan warna yang hampir tiada batasan.

Pelanggan Black Badge sentiasa menggunakan ruang dalaman sebagai pentas untuk menghasilkan rekaan corak berwarna-warni dengan kontras yang dramatik, maka pereka Warna dan Trim Cullinan Rolls-Royce mencipta warna kulit baharu yang berani, Forge Yellow, sebagai sebahagian daripada koleksi terkurasi
jenama ini.
cullinan
Semua pilihan warna kulit boleh digunakan untuk menghasilkan‘Viewing Suite’ atau digunakan dalam ‘Bespoke Recreation Module’ mengikut spesifikasi yang tepat para pelanggan.

Sentuhan terakhir yang melengkapkan tempat duduk dalaman: motif lemniskat ‘Infiniti’ disulam pada tempat rehat tangan lipat turun di belakang (fold-down rear arm-rest) sebagai peringatan yang anggun kepada maksud di sebaliknya.

Simbol yang ringkas lagi bermakna ini juga digunakan pada plat pemijak bercahaya (illuminated treadplate) dan diukir pada jam, yang dibingkaikan dalam bekas keluli bergilap dan gelap.

Jarum jam dengan hujung berwarna merah dan jarum paparan pemuka (instrument display) juga memberikan peringatan yang terpendam tentang kehandalan dinamik motorkar ini.

Kejuruteraan Black Badge Cullinan. Rahsia ‘The Architecture of Luxury’

Black Badge jauh melebihi perawatan estetik.Dalam penghasilan kelas motorkar ini, amat penting sekali untuk Rolls-Royce melengkapkan motorkar ini dengan personaliti dinamik yang dirancang teliti supaya sepadan dengan identiti visualnya yang begitu menawan.

Malah, disebabkan harapan yang amat tinggi daripada pelanggan, protokol ujian yang rapi dan menyeluruh dijalankan selama lebih daripada tiga tahun untuk memastikan bahawa Black Badge Cullinan relevan kepada keperluan mereka.
cullinan
Kunci kepada keterujaan viseral Black Badge Cullinan ialah ‘The Architecture of Luxury’, iaitu reka bentuk kerangka seluruh aluminium yang pertama sekali diperkenalkan dalam model Phantom.

Sub-struktur ini bukan sahaja memberikan kekerasan badan yang luar biasa, malah fleksibiliti dan kebolehan skalarnya membolehkan Cullinan yang berwarna perak dipasang dengan pemacuan semua-roda dan kemudi empat-roda.

Ciri-ciri dinamik ini telah direka bentuk semula dan dieksploit secara komprehensif untuk Black Badge manakala kualiti pacuan tiada tandingan yang membawa kejayaan kepada Rolls-Royce dikekalkan.

‘The Architecture of Luxury’ direka bentuk untuk mencapai keperluan saiz dan berat sistem pendorongan (propulsion system) yang berlainan. Apabila pemandu menekan butang ‘Low’ yang terletak pada tangkai seleksi gear (gear selection stalk), mereka membuka teknologi suit Black Badge Cullinan sepenuhnya.

Fungsi ini dikukuhkan lagi dengan enjin V12 turbo kembar 6.75 liter melalui sistem eksos yang serba baharu, yang mengumumkan ketibaannya dengan bunyi bes (basso profundo) yang dalam dan autoritatif.

Perubahan dianggap tidak diperlukan untuk kapasiti dalaman enjin yang mencukupi, akan tetapi fleksibiliti enjin V12 turbo kembar perlu dieksploit untuk menjana lebih 29PS untuk menghasilkan kuasa output sejumlah 600PS.

Gear infiniti tunggal (single infinite gear) juga diubah untuk meningkatkan penjanaan tork sebanyak 50Nm, menjadikan jumlahnya kepada 900Nm.

Black Badge Cullinan dipertingkatkan dengan perawatan pendikit (throttle) dan transmisi Bespoke yang amat diperlukan tanpa melemahkan reputasi model Rolls-Royce yang lain.

Rangkaian pemacu (drive-train), kotak gear ZF 8-kelajuan (ZF 8-speed gear box) dan kedua-dua gandar hadapan dan belakang (front and rear steered axles) berfungsi secara kolaboratif untuk menyelaraskan tahap keterlibatan dengan bergantung kepada input pemacuan dan pendikit.

Perubahan dilakukan terhadap tetapan (setting) dan komponen suspensi untuk mengukuhkan teknologi dinamik yang memastikan kesimbangan antara dinamisme dan penyempurnaan.
Apabila ditekan, terhasilnya sebuah kenderaan yang berfungsi dengan sangat baik dalam kelajuan rendah dan peranti pilihan pemandu. Untuk meningkatkan keyakinan apabila menggunakan alter ego Cullinan, titik brek (braking bite point) dinaikkan manakala jarak pedal brek (pedal travel) dikurangkan.

Disk brek yang direka semula juga memastikan konsistensi perubahan ini apabila brek ditekan pada suhu yang meningkat.

Black Badge Cullinan kini sedia menerima tempahan

(Visited 428 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button