Politik

Kit Siang inspirasi rekrut muda ketika DAP melalui saat malang – Chin Tong

VETERAN DAP Lim Kit Siang menjadi inspirasi rekrut muda dalam DAP ketika parti itu melalui detik sukar selepas tewas dengan teruk dalam Pilihan Raya Umum 1999.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, beliau antara yang menyertai politik pada tahun yang dianggap sebagai saat paling malang buat DAP.

“Orang luar mungkin tidak faham sepenuhnya esprit de corps dan kegigihan pemimpin DAP generasi kami. Kit Siang menjadi inspirasi kami menyertai politik, di saat paling malang buat DAP.

“Kami diketawakan kerana menaiki kapal yang sedang karam. Kejayaan selepas 2008 sememangnya pengalaman yang wajar diraikan, tetapi saat kejatuhan dan rintangan yang ditempuhi, seperti keputusan pilihan raya 2004, kegagalan menjadi kerajaan pada 2013 dan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 2020, adalah ujian dan cabaran yang saya rasakan kita telah dipersiapkan untuk menghadapinya.

“Pada dasarnya, kami datang entah dari mana. Seperti mereka yang mengasaskan DAP pada 1966, kami tidak menjangka untuk menang atau menjadi kerajaan ketika memulakan perjalanan ini 20 tahun lalu,” kata Chin Tong.

Beliau berkata demikian dalam buku yang bakal diterbitkan buku bersama Wan Hamidi Hamid bertajuk Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter.

Buku itu sebagai penghormatan buat Kit Siang sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-80.

Katanya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berhadapan dengan tekanan hebat untuk bersara daripada politik selepas kekalahan teruk DAP pada Pilihan Raya Umum 1999.

Katanya, tekanan hebat memaksa Kit Siang bersara politik datang daripada media yang dikawal kerajaan, pihak yang tidak sebulu dalam parti dan anggota masyarakat.

“Sambil membalut luka kekalahan, beliau memberi pandu arah kepada DAP untuk menyesuaikan dengan lanskap politik baharu di mana PAS telah menjadi parti pembangkang terbesar.

“Beliau juga memainkan peranan sokongan sebagai Pengerusi dan bukan lagi berperanan sebagai Setiausaha Agung yang dipegangnya selama 30 tahun; dan yang paling penting sekali, beliau harus memutuskan sendiri sama ada mahu terus aktif dalam politik.

“Sekiranya terus aktif, jalan ke hadapan adalah amat gelap tanpa secebis harapan. Dan situasinya pula langsung tidak pernah dihadapi oleh DAP sebelum ini – buat kali pertama sejak 1969, DAP sudah bukan lagi parti pembangkang terbesar; dan Kit Siang bukan lagi pemimpin ulung yang memberi erti kepada DAP,” kata Chin Tong.

Pada 13 Februari 2000 Kit Siang mengumumkan bahawa beliau akan terus berjuang dan usia tidak menjadi soal.

Dua perkara yang dipertimbangkan adalah ‘sama ada kedudukan di dalam DAP telah melampaui had masa yang sepatutnya, dan sama ada beliau telah melampaui tempoh berguna kepada parti, masyarakat dan negara.’

Chin Tong berkata, belaui amat kagum dengan kemampuan Kit Siang untuk mengukur sentimen awam yang mahu menyelamatkan DAP dan melihat DAP berubah walaupun masa depan politik Kit Siang sendiri tidak menentu.

Dua puluh tahun kemudian beliau menjadi adalah antara rekrut parti DAP hasil daripada tempoh yang penuh pergolakan dalam DAP itu.

Beliau mula bekerja untuk Teresa Kok yang baru sahaja dilantik sebagai satu-satunya staf beliau pada 16 Disember 1999 dan menghantar borang keahlian seminggu kemudian.

“Kad keahlian saya menyatakan tarikh rasmi saya menyertai parti ialah 4 Januari 2000. Saya masuk parti kerana saya merasakan ‘DAP perlu dibantu. Kita tidak boleh membiarkan parti ini dibunuh daripada arena politik Malaysia begitu sahaja’,” katanya.-SM

 

 

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button