Politik

DAP Selangor kecewa dan terkilan DUN Dusun Tua diberi kepada UMNO

DAP Selangor kecewa dan terkilan di atas keputusan menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua kepada UMNO.

Perkara itu disampaikan oleh pemimpin DAP Selangor kepada Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo.

Ng Sze Han berkata, beliau bersama Pengerusi DAP Selangor Saudara Gobind Singh Deo telah mengadakan pertemuan dan dialog bersama ahli-ahli DAP di Daerah Hulu Langat mengenai keputusan Pengerusi Pakatan Harapan untuk menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua kepada UMNO. 

“DAP Selangor ingin menyatakan pendirian tidak setuju dan terkilan terhadap penyerahan kerusi tersebut.

“DAP Selangor tetap komited meletakkan kepentingan rakyat dan kestabilan politik negara di tempat pertama,” katanya yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Pada Jumaat, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu hanya bertanding di 12 kerusi DUN Selangor bagi menghadapi PRN pada 12 Ogos depan.

Untuk calon DUN Dusun Tua, BN mempertaruhkan Datuk Johan Abd Aziz manakala DUN Gombak Setia pula, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi DUN Dusun Tua dimenangi oleh Edry Faizal Eddy Yusof dari DAP memperoleh majoriti undi sebanyak 10,422 ketika menentang Mohd Zin (BN) dan Razaly Hassan (Pas).

(Visited 485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button