Hiburan

Hanya tumpangkan peguam sejauh 50 meter sahaja, bukan naik kereta 4 orang sampai KL

SELEPAS beberapa kali didakwa melakukan kesalahan dengan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, kali ini netizen masih mencari apa lagi kesalahan yang dilakukan selebriti dan usahawan, Neelofa.

Terbaharu, terdapat dakwaan yang tular di laman sosial mengatakan Neelofa telah melanggar SOP dengan menaiki kenderaan yang sama bersama tiga lagi individu lain.

Namun, perkara itu dinafikan Neelofa yang memberitahu dia hanya menumpangkan peguamnya sejauh 50 meter sahaja.

“Kami hanya menumpangkan beliau dari balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter. Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah.

“Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut memberitahu yang dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Malah, dia juga memberitahu yang polis boleh meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika dia menurunkan peguam di perkarkarangan mahkamah atau dari luar balai polis. -SM

 

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button