Politik

Kit Siang gesa sidang khas COVID-19 Parlimen maya

Kerajaan patut mempertimbangkan untuk mengadakan persidangan khas Parlimen “secara maya” kerana Malaysia perlu menggunakan strategi “melakukan apa sahaja” untuk memenangi peperangan Covid-19 dan mengharungi era ekonomi pasca-Covid-19

Parlimen Malaysia harus mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan persidangan khas Parlimen “secara maya kerana Malaysia perlu menggunakan strategi “melakukan apa sahaja” untuk memenangi peperangan melawan Covid-19 dan mengharungi era ekonomi pasca-Covid-19.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, sekurang-kurangnya sembilan peristiwa baharu telah direkodkan dalam peperangan global melawan wabak Covid-19, menunjukkan yang perjalanan ini masih lagi panjang. Sembilan peristiwa ini adalah:

1. 2. Di peringkat dunia kita telah melepasi paras sejuta kes Covid-19 yang disahkan. Penularan virus ini mengambil 67 hari daripada kes pertama ke 100,000 kes yang pertama, 11 ke 100,000 kes kedua, empat hari ke 100,000 kes ketiga, tiga hari ke 100,000 kes ke empat dua hari ke 100,000 kes kelima, sehari untuk 100,000 kes keenam, dua hari untuk 100,000 kes ketujuh, dan satu hari untuk kes 100,000 kes kelapan dan satu hari juga untuk 100,000 kes kesembilan. Jumlah keseluruhan kes global kini berada di paras 1,007,625 kes.

Jumlah korban nyawa global telah melepasi paras 50,000 kematian, kini mengorbankan 52,607 nyawa.

3. Dengan peningkatan mendadak sepanjang 10 hari yang lepas di Amerika Syarikat, yang bermula pada peningkatan harian sebanyak 10,831 kes sehari, kepada 26,582 kes sehari ke sejumlah keseleluruhan 175,434 kes, Amerika kini mempunyai 240,344 kes disahkan, lebih tiga kali ganda kes yang disahkan di China yang kini mempunyai 81,589 kes.

4. Jumlah kematian di tiga negara teratas akibat Covid-19 kini menghampiri 30,000 kematian, hampir sembilan kali lebih banyak daripada 3,318 kematian di China.

5. Negeri New York di AS mempunyai lebih banyak kes positif berbanding dengan China, New York kini mempunyai 92,381 kes.

6. Perancis merekodkan kematian harian tertinggi dengan 1,355 kematian semalam.

7. Itali merekodkan peratusan kematian tertinggi, 12% dengan 13,915 kematian daripada sejumlah 115,242 kes positif. Dalam seminggu yang lepas sahaja, hampir seorang rakyat Itali mati setiap dua minit setengah. Itali diikuti oleh Sepanyol di tempat kedua dengan peratusan kematian 9.15% dan Perancis dengan kadar kematian 9.11%. Di Sepanyol, sebuah gelanggang ais di dalam pusat membeli belah di Madrid telah dijadikan rumah mayat sementara.

8. Kadar kematian di Indonesia adalah 9.49% dengar 170 kematian manakala kadar kematian di Filipina kadar kematian mereka adalah 4.1% dengan 107 kematian.

9. Jerman telah menyertai Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol dengan mempunyai lebih banyak kes daripada China. Kini terdapat 84,688 kes di Jerman.

Peristiwa-peristiwa suram ini juga merupakan satu peringatan kepada kerajaan Malaysia untuk mengguna pakai satu strategi “melakukan apa sahaja” bukan sahaja untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 tetapi juga untuk mengharungi era ekonomi pasca-Covid-19.

Penangguhan dalam pengumuman pakej penyelamatan ekonomi untuk perusahaan kecil dan sederhana adalah satu contoh di mana Kerajaan masih belum mengguna pakai strategi ini bagi menghadapi krisis yang berlaku pada skala yang belum pernah kita lalui sebelum ini.

BACA:

Seperti yang dituliskan oleh penulis ekonomi daripada Amerika, Derek Thompson mengenai ‘empat peraturan ekonomi bencana wabak’:

Tidak perlu ada pilihan di antara “penyelamatan ekonomi ataupun penyelamatan nyawa orang ramai”.

Berikan rakyat gaji sara hidup untuk membolehkan mereka berhenti bekerja.

Bina mesin masa untuk syarikat.

Perniagaan Amerika masa kini adalah sains.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Antonio Guterres telah menyeru untuk seluruh dunia “bersedia untuk menghadapi situasi terburuk dan dalam pada masa yang sama lakukan yang terbaik untuk mengelakkannya”.

Beliau memberikan tiga perkara tindakan, berdasarkan sains, solidariti, dan polisi pintar:

Pertama, sekat penularan Covid-19.

Kedua, tangani bencana ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh wabak ini; dan

Ketiga, pulih dengan lebih baik.

Kita kini berada dalam situasi luar biasa yang memerlukan penyelesaian yang luar biasa. Dalam peperangan menentang Covid-19 ini, kerajaan harus meletakkan ekonomi negara ke dalam keadaan koma, tetapi pada masa yang sama memastikan “pesakitnya” kekal hidup.

Dalam kegawatan ekonomi yang biasa, strategi biasa adalah untuk meningkatkan permintaan agregat. Tetapi di dalam ekonomi wabak, sekurang-kurangnya dalam tempoh jangka masa terdekat, objektif kerajaan seharusnya bukanlah untuk meningkatkan permintaan agregat tetapi untuk membekukan ekonomi negara bagi membolehkan rakyat kekal berada di rumah.

Cabarannya ialah bagaimanakah negara boleh menghadapi ekonomi wabak ini, yang berkemungkinan untuk muncul kembali pada bila-bila masa, sehinggalah vaksin dicipta yang mungkin akan memakan tempoh 12 hingga 18 bulan.

Derek Thompson merumuskan tulisan beliau:


“Kita perlu memastikan rakyat mendapat wang, jika tidak mereka akan mati. Kita perlu berikan syarikat dan perniagaan wang, jika tidak mereka juga akan mati. Tetapi jika kita tidak buka laluan kepada petugas kesihatan untuk merawat pesakit, ataupun untuk saintis bertungkus lumus mencari penawar, rakyat dan syarikat juga akan mati akhirnya. Tidak ada lagi ‘ekonomi normal’ sehinggalah kita dapat, dengan pasti, membendung virus ini. Tetapi jika kita tidak dapat menbendung virus ini dengan cepat, kita mungkin tidak akan ada apa-apa yang normal untuk kita kembali kepadanya”

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat 3 April 2020)

Pautan kenyataan:

https://bit.ly/2R5Q21B

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button