JenayahNasional

Haqim Stopa dihadap ke mahkamah simpan gambar, video lucah bekas kekasih

IKON permotoran Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya dalam dua telefon bimbit.

Memetik laporan Utusan, tertuduh, nama sebenarnya, Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, yang mempunyai 1 juta pengikut di laman sosial TikTok didakwa menyimpan gambar dan video lucah gadis berusia 21 tahun itu dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan menyimpan gambar dan video itu kira-kira pukul 4.30 petang 9 Disember lalu di sebuah rumah di Rawang, Selangor.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan Haqiem dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 23 Februari depan.

Peguam Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili Haqiem memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya bekerja sebagai pencipta kandungan dan perlu menanggung ibu bapa yang uzur.

Terdahulu polis menahan Haqiem kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar intim bekas kekasihnya. – SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button