fbpx
BeritaSukan

Kisona, anak anggota polis kebanggaan negara, PDRM

Nama S. Kisona menjadi sebutan apabila tanpa diduga berjaya memenangi pingat emas badminton acara perseorangan wanita pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Tanpa diletakkan sebarang harapan, Kisona hanya dinamakan dalam skuad bandminton negara bagi penggantikan juara bertahan, Goh Jin Wei yang menjalani pembedahan.

Namun pada perlawanan akhir, Kisona yang menduduki ranking 104 dunia, mengalahkan pemain ranking 37 dunia, Ruselli Hartawan dari Indonesia, 20-22, 21-14, 21-13 untuk mengesahkan pingat emas.

Berusia 21 tahun, Kisona yang dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan merupakan anak seorang anggota polis.


Malah, Kisona dari keluarga yang meminati sukan badminton.

Menurut laman Facebook Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bapa Kisona merupakan seorang anggota polis iaitu Sarjan Mejar A. Selvaduray.

Ibu Kisona, S. Valarmathi mempunyai pusat latihan badminton sendiri di Kompleks Sukan Seremban 2.

Dibesarkan dalam keluarga polis, pastinya menuntut ahli keluarga untuk lebih berdedikasi dan berdisplin dalam melakukan apa jua tugasan.

Maka tidak hairanlah, kejayaan anak-anak Selvaduray membuahkan hasil hari ini.

“Seorang lagi anak Selvaduray, Lans Koperal S. Thinagaran mengikut jejak langkah ayahnya apabila memilih kerjaya sebagai anggota polis yang kini berkhidmat di Cawangan StaRT PULAPOL Kuala Lumpur.

“Thinagaran merupakan atlet badminton PDRM yang bergiat aktif dalam pasukan dan meraih dua pingat emas pada Kejohanan World Police And Fire Games 2017 di Los Angeles dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki.

“Kejayaan adik beradik ini pastinya didorong oleh ibu bapa mereka yang tidak putus memberi galakan dan semangat,” menuruf FB Majlis Sukan PDRM.

Majlis Sukan PDRM turut mengucapkan tahniah kepada Selvaduray di atas pencapaian anak perempuannya, Kisona pada Sukan SEA Manila.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada SM Selvaduray dan isteri di atas kejayaan anak-anak mereka di pentas antarabangsa. Mereka kebanggaan Malaysia dan PDRM,” katanya.

Gambar Ihsan Majlis Sukan PDRM

Show More

Related Articles

Back to top button