CelotehHiburanRencah Hidup

Kisah rumah tangga mereka, adalah pembelajaran untuk kita

Tiada perempuan yang mahu hidup menderita selepas perkawinan. Selepas sahaja akad nikah dilafaskan, suami harus bertanggungjawab sepenuhnya pada isteri.

Perkawinan juga menjanjikan kebahagian pada klimaks penceritaan dalam hidup kita. Namun ada segelintir Wanita tidak Bahagia selepas perkawinan terbina.

Lebih sedih jika suaminya sanggup menduakanya, lebih-lebih lagi muncul orang ketiga dalam rumah tangga.

Berapa banyak kali si isteri harus bersabar? Dan memberi peluang? Kerana itu ada perempuan yang sanggup untuk memilih bercerai selepas tawar hati terhadap pasangan.

Lebih memilukan jika ada anak. Apa akan yang akan terjadi terhadap anak tersebut di masa hadapan.


Ada juga perkawinan yang dalam toxic, isteri yang sanggup bertahan dengan peragai suami sehingga ke tua tanpa nafkah zahir dan batin.

Namun sekuat dan selemah apa perempuan itu tetap memikirkan keluarga.

Kerana itu ada segelintir isteri tidak sanggup bercerai, lebih rela berada pada kehidupan yang penuh racun.

Akhirnya si isteri menjadi tekanan, marah dilepaskan pada anak-anak, lebih memilukan anak pula menjadi mangsa keadaan.

Kesan buruk pada anak pula, akan datang anak-anak mula menjauh dari ibu-bapa, malah terperangkap pada kesan negatif

Kisah rumah tangga pasangan Puteri Sarah, Syamsul Yusof, juga Kisah antara Syuk Sahar, Rossa Sera menjadi pengajaran dan pembelajaran buat kita semua.

Semoga semua yang sudah berumah tangga sentiasa tempuhi cabaran bersama pasagan dengan penuh kasih sayang.-SM

(Visited 870 times, 4 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button