NasionalNegeri

Kekalkan seni budaya di Perlis – Raja Muda

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya seni budaya yang ada di Perlis ini dapat dikekalkan.

Titah Baginda, ini kerana ia kian dilupai dan hampir pupus ditelan dek zaman.

Berikutan itu titah Baginda, ia perlu diselarikan dengan perkembangan semasa dan syariat Islam sesuai dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu sendiri.

Titah Baginda, MAIPs adalah selaku badan utama yang menerajui agama Islam di negeri ini dan juga pendokong kepada adat istiadat Melayu di Perlis.

Demikian titah baginda ketika menutup Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis Sidang Kedua Bagi Tahun 2022.

Raja Muda juga bertitah, usaha pengekalan, perkembangan, pendidikan, kajian dan penambahbaikan dilakukan terhadap peninggalan, artifak, warisan, tarian, adat, budaya dan sebagainya yang berkaitan negeri Perlis perlu dilaksanakan.

Baginda bertitah, sekaligus dapat diperkayakan lagi khazanah kesenian negeri ini untuk diwarisi oleh generasi masa hadapan. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button