Rencana

Dr. Musa memang seorang yang hebat

DATUK Dr. Musa Nordin memang hebat beliau dan negara memang memerlukan orang seperti doktor berkenaan dalam keadaan sekarang.

Ketika negara berjuang menentang COVID-19 kita memang memerlukan pandangan sisi lain dalam kalangan profesional yang lantang.

Dr. Musa adalah karektor terbalik Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang lembut dan berbicara penuh berhemah.

Dr. Musa akan menyerang dengan kata-kata keras dan menegur semua pihak tanpa mengira darjat atau kedudukan.

Bukan Dr. Noor Hisham sahaja yang menjadi mangsa serangan beliau, semua menteri ditegur dan dipersalahkan.

Beliau menyalahkan menteri yang tidak mengamalkan sikap melalui teladan kerana turun ke padang beramai-ramai, tidak seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, menteri harus menjadi contoh, jika mahu ke lapangan sekalipun perlu mengekalkan jarak sosial serta dalam kumpulan sangat minimum.

Tindakan menteri keluarga bebas beramai-ramai memberi gambaran yang tidak baik dan dianggap tidak salah serta akan diikuti oleh rakyat.

Pada masa yang sama Dr. Musa juga mengkritik Dr. Noor Hisham kerana tidak turun padang sebalik terlalu selesa bersemayam di Putrajaya.

Beliau menuduh Dr. Noor Hisham tidak melawat ke hospital-hospital bagi melihat keperluan barisan hadapan.

Dr. Musa seorang yang hebat dan merupakan seorang pemimpin Muslim Professionals Forum (MPF) yang mendukung kuat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Pendokong PH memang semua hebat, lantang dan terbuka dalam semua hal sehingga rakyat jelata menjadi pening. Syukur juga dalam keadaan gawat ini kerajaan berpindah ke tangan Perikatan Nasional (PN).
Jadi golongan yang tidak menghormati SOP dan peraturan ini hanya boleh bising di luar sahaja.
Dr. Musa memang seorang mendokong keterbukaan dan menganggap Lim Guan Eng sebagai penyelamat negara dan beliau sudah pastinya seorang pembenci UMNO dan Pas.
Dr. Musa juga kuat dan lantang mengkritik isu-isu politik termasuk UMNO dan Pas dikritik kerana terbabit bersama-sama Datuk Seri Azmin Ali membentuk kerajaan pintu belakang.
Beliau juga mengkritik semua yang diusaha oleh kerajaan termasuklah ketika baru desas-desus PKP dilaksanakan.
Ada seorang lagi doktor rakyat Malaysia yang kini kononnya barisan hadapan di United Kingdom, tetapi asyik bermain twitter.

Jika beliau berasa mahu pulang ke Malaysia kerana negara yang beliau agungkan kini lebih teruk dilanda wabak hingga perdana menteri sekalipun terpaksa ditempat dengan pengawasan rapi kerana dijangkiti COVID-19

Pulanglah doktor genius dan kerajaan Malaysia yang menterinya hanya ‘doktor air suam’ bersediakan tempatkan beliau berlindung di hotel bertaraf berbintang-bintang untuk dikuarantin.

Akhir kalam bertabahlah Dr. Noor Hisham. Orang yang buat kerja memang dilihat banyak salahnya. Orang yang hanya bercakap sahaja memang kelihatan hebat dan tidak membuat salah.-SM

 

(Visited 1,212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button