Nasional

Dobi, kedai runcit, farmasi dan kedai keperluan harian dibenarkan buka hingga pukul 10 malam

KERAJAAN membenarkan operasi perniagaan bagi premis perniagaan seperti kedai runcit, dobi dan farmasi dibuka sehingga pukul 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

“Sebelum ini banyak yang keliru dengan keputusan kerajaan kerana premis yang dibenarkan buka sehingga pukul 10 mala ialah restoran dan kedai makan.

“Perkara itu juga menyukarkan penguatkuasaaan kerana terdapat perbezaan daripada segi waktu,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail, kebenaran melanjutkan operasi itu juga dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan penilaian terhadap sektor perniagaan tersebut.

Tambahnya, keputusan itu juga dibuat selepas banyak permohonan daripada individu dan pihak yang terbabit dalam sektor berkenaan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka disebabkan faktor ekonomi. -SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button