fbpx
Sukan

Kisah Datuk Lee Chong Wei dan tisu tandas

Pun terjebak dengan pembelian panik

DATUK Lee Chong Wei terkejut dengan reaksi rakyat Malaysia yang membuat pembelian panik (panic buying) pada malam pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun cuba bertindak bijak dengan tidak terjebak daripada membuat pembelian panic tapi isteri Chong Wei telah memberi senarai barangan untuk dibeli di pasaraya.

Dua hari lalu, kata legenda badminton negara, beliau telah pergi ke sebuah pasaraya.

Di sana, beliau terkejut apabila tisu tandas habis diborong oleh pelanggan pasaraya berkenaan.

Bahkan kata Chong Wei, ada individu yang memborong tisu tanda sehingga 10 beg.

“Time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie dan makcik, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul (Hafiz) Jantan!

“Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I bungkus 10 beg tisu jamban!” tulis Chong Wei di akaun Instagram rasminya.

Kata Chong Wei, walaupun tisu tandas sudah kehabisan namun beliau bernasib baik kerana terserempak dengan seorang rakan yang memberinya salah satu bungkusan tisu tandas.

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga sempat menitipkan nasihat agar rakyat Malaysia tidak menganggap waktu 14 hari ini sebagai ‘cuti hari raya’.

“Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya.

“Dan I minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang.

“Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat,” kata beliau.

Beliau juga mengungkapkan penghargaan tidak berbelah bahagi buat petugas bahagian hadapan dalam usaha mengekang wabak tersebut.

“Kepada frontliners, para doktor, jururawat, kakitangan hospital dan juga cashier pasar Raya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk hormat dari saya!

“Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang, is to #STAYHOME,” tulisnya. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!