Nasional
Trending

Kira-kira 3 juta rakyat Malaysia ingkar perintah kawalan

KIRA-KIRA 10 peratus atau sekitar tiga juta rakyat Malaysia ingkar Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan memberitahu, walaupun kadar pematuhan PKP mencapai 90 peratus, namun baki 10 peratus yang ingkar tidak boleh dipandang ringan.

“Peratusan tersebut melibatkan kira-kira 3 juta orang dan ia merupakan satu jumlah yang besar,” kata ATM melalui kenyataan tersebut hari ini.

Oleh itu, ATM akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memupuk disiplin dalam kalangan rakyat untuk mematuhi perintah dan arahan sah dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung Covid-19.

“Kolaborasi ATM/PDRM ini tidak perlu dipertikaikan terutama sejauh mana peranan yang dibawa oleh ATM.

“Ini kerana kita perlu bertindak segera dalam apa jua cara dalam menangani wabak ini,” demikian menurut kenyataan itu.

ATM juga bersetuju lebih tumpuan penguatkuasaan PKP diberi kepada kawasan berisiko tinggi seperti pasar dan pasar raya di mana orang ramai sehingga kini didapati masih bersesak dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita tular terutama membabitkan maklumat, gambar, video atau rakaman suara menunjukkan atur gerak ATM pada skala besar, mahu pun perlakuan tidak munasabah bakal diambil anggota tentera.

“Ini kerana, ia boleh mencetuskan kebimbangan serta panik, sekali gus menunjukkan kaedah tidak benar dalam penguatkuasaan PKP,” kata kenyataan itu. – SM

(Visited 471 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button