Politik

King Sing patut dipecat jawatan Duta Khas ke China – Kit Siang

AHLI Parlimen Bintulu, Tiong King Sing wajar dipecat daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri ke China kerana tindakan beliau membuat serangan peribadi terhadap ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menyifatkan tindakan King Sing itu sebagai pengecut dan jahat terhadap Dr Noor Hisham di Parlimen dengan cuba mengatakan Ketua Pengarah Kesihatan tersebut mahu menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Tidak ada lagi sebarang pilihan lain yang bermaruah kepada Tiong King Sing, selain daripada untuk beliau membuat permohonan maaf di Parlimen pada hari Isnin di atas serangan peribadi beliau terhadap Dr. Noor Hisham pada hari Rabu lepas.

“Beliau sebagai seorang Ahli Parlimen lima penggal sejak 1999 patut tahu, bahawa Menteri Kesihatan dan bukannya Ketua Pengarah Kesihatan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai apa-apa perkara yang berlaku dalam Kementerian Kesihatan.

“Mengapa menyerang Ketua Pengarah Kesihatan tetapi membiarkan Menteri Kesihatan terlepas, melainkan jika terdapat elemen politiking,” tanya Kit Siang.

Kit Siang berkata, King Sing perlu dibuang daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri ke China kerana kesilapan besar di Parlimen pada hari Rabu lalu.

Kenyataan King Sing itu menurut Kit Siang bukan sahaja serangan terhadap Dr. Noor Hisham tetapi serangan kepada semua petugas barisan hadapan yang berhadapan dengan wabak Covid-19.

Rabu lalu, King Sing ketika Perbahasan Belanjawan 2021 berkata, Dr. Noor Hisham takut mati kerana tidak turun ke Sabah untuk melihat sendiri situasi Covid-19 di negeri itu.

“Ini DG hari-hari buat berita saja, bikin apa? Kalau kita itu berita, bagi itu office boy dia pun boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang? Macam sekarang di KK, Sabah, begitu teruk, begitu hebat pandemik COVID-19. Kenapa dia tidak turun melawat tiap-tiap hospital? Temporary hospital, kita pergi tengok.

“Berbincang bagi moral support front liners juga. Doktor, jururawat, mereka semua bekerja sana. Jangan hantar sahaja doktor pergi, jururawat pergi. Oh, itu orang tidak takut mati, tetapi DG takut mati. Timbalan DG pun tidak pergi. Apa sudah jadi? Tak usahlah hari-hari hendak buat publisit.

“I dengar dia sekarang mahu projek dia sendiri, jadi WHO punya setiausaha agung,” kata King Sing.-SM

 

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button