Luar Negara

Gigi penyampai berita Ukraine tercabut ketika bersiaran langsung

JIKA anda fikir mengendalikan sesuatu siaran secara langsung itu mudah, anda silap sama sekali. Ini kerana sebagai pengendali siaran secara langsung, ia bukan sahaja satu tugas yang mencabar namun perlu ada sifat profesionalisme yang tinggi dalam diri seseorang itu.

Sama seperti menjadi penyampai berita di kaca televisyen. Penyampai berita ini perlu sentiasa bersedia dari segi mental untuk berhadapan dengan sesuatu kejadian yang tidak diduga.

Bagi penyampai berita di Ukraine, Marichka Padalko, beliau harus diberikan pujian walaupun insiden yang terjadi ke atas dirinya agak memalukan kerana gigi hadapannya tercabut secara tiba-tiba ketika beliau sedang bersiaran secara langsung membaca berita.

Memetik laporan BBC, situasi itu bagaimanapun dikawal baik dan dengan penuh profesional apabila Marichka bertindak menekup mulutnya, menggenggam gigi hadapannya yang tercaut dan meletakkan gigi yang tercabut itu di dalam tangannya tanpa berhenti membaca berita.

Dalam erti kata lain, insiden itu tidak mencacatkan bacaan beritanya sebaliknya disampaikan dengan lancar seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Sejujurnya saya menyangka penonton tidak akan perasan dengan insiden itu.

“Tetpai sangkaan saya meleset apabila para penonton sebenarnya amat prihatin dan memberi tumpuan kepada apa yang saya baca,” tulis Marichka dalam Instagram miliknya selain daripada turut memuat naik video itu di akaun IGnya.

Marichka turut mendedahkan, dia perlu membaiki giginya pada 10 tahun lalu selepas ditumbuk anak perempuannya secara tidak sengaja menggunakan jam loceng jenis logam.

Walaupun rangkaian televisyen tidak memuat naik video tersebut di YouTube, Marichka kagum dengan sokongan yang diterima.

“Dalam apa situasi, kekal tenang.

“Jumpa anda semua esok pagi,” katanya. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button