Alam Sekitar

Kilang Logam Punca Sungai Skudai Berbuih Cuma Dikompaun RM16,000!

Susulan aduan berkaitan fenomena buih putih di Sungai Skudai yang tular di media sosial, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah menjalankan siasatan ke atas beberapa premis yang beroperasi di sepanjang Sungai Skudai.

Hasil siasatan JAS Johor pada 9 Mei 2022 mendapati terdapat sebuah kilang pengilangan logam di Kawasan Perindustrian Senai Fasa III yang disyaki menyebabkan pencemaran sungai berbuih susulan terdapat pelepasan efluen berbuih daripada aktiviti proses kilang yang mengalir masuk ke Sungai Skudai.

Kilang telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dan lapan kompaun berjumlah RM16,000.00 turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang ditemui di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadua) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

JAS Johor juga akan membuat siasatan susulan ke beberapa premis lain yang beroperasi di sepanjang Sungai Skudai yang berpotensi menyebabkan pencemaran seperti kes ini.

Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil oleh JAS jika berlaku sebarang pelanggaran akta yang mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kesihatan orang awam.

Orang ramai boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di [email protected].

(Visited 497 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button