Nasional

Khidmat terbaik selesaikan isu perundangan umat – Raja Muda Perlis

PELAKSANAAN  perkhidmatan yang terbaik serta komited dalam menjalankan tugas adalah kunci dalam menyelesaikan isu-isu perundangan dan kehakiman yang dihadapi umat.

Kehakiman syariah yang sentiasa menegakkan prinsip-prinsip keadilan dalam menjalankan kuasa yang diperuntukkan juga bermatlamatkan untuk membantu masyarakat selain menjadi tempat menyelesaikan masalah sama ada kekeluargaan, sosial dan jenayah dalam syarak.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Yang Ke 3 Bagi Tahun 2020 di Kompleks Darul Qada’ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis di Kangar semalam.

Terdahulu keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Yang Amat Arif Tuan Ibrahim Deris, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Yang Arif Tuan Jaidi Ahmad serta warga jabatan berkenaan.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Titah baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs lagi, sikap produktif yang membolehkan setiap warga perkhidmatan perundangan melaksanakan tugas dengan dedikasi serta mengelakkan budaya bertangguh kerja adalah antara nilai positif dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan akan mencapai tujuannya dengan efisyen.

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button