BeritaPendidikan

Khidmat sosial UniMAP perlu jadi solusi jangka panjang masalah komuniti – Raja Muda Perlis

Sejajar perkembangan pembangunan negara, program Khidmat Sosial Universiti (USR) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seeloknya turut dirancang bukan sahaja sekadar memberi fokus sebagai ’penyelamat’ semata-mata sebaliknya menjadi ’penyelesai’ masalah komuniti bagi jangka panjang.

Contoh

Sebagai contoh, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik UniMAP baru-baru ini berjaya membangunkan satu sistem penggera di makmal perubatan Hospital Sultanah Bahiyah bagi membolehkan jurumakmal mengetahui adanya sampel baharu yang dihantar untuk proses ujikaji. Inilah sewajarnya yang patut diteruskan oleh graduan UniMAP yang sebahagian besarnya merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena ’Sidang Keenam Bagi Istiadat Konvokesyen Ke-14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Ilmu UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

UniMAP dan USR

Tuanku Raja Muda Perlis turut menambah bahawa sejak awal penubuhan UniMAP lagi, universiti ini adalah antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang aktif menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bukan sahaja di Perlis malah di dalam dan di luar negara. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan yang menjadikan USR atau lebih dikenali dengan Khidmat Sosial Koprat (CSR) sebagai salah satu agenda pembangunan negara pada masa kini.

Tidak dinafikan, menerusi USR, universiti mahupun komuniti akan memperolehi banyak manfaat termasuklah meningkatkan imej dan reputasi universiti di kalangan komuniti dan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Nasihat buat graduan

Justeru, sebagai graduan kelahiran UniMAP, dinasihatkan mereka semua untuk meneruskan lagi penglibatan aktif dalam mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau menerusi cabang Alumni UniMAP sendiri untuk terus membudayakan aktiviti CSR selepas ini.

Seramai 428 orang graduan menerima ijazah Sarjana Muda program pengajian
Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian (240), Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) (74), Teknologi Kejuruteraan Kimia (Proses Kimia Industri) (58) dan
Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Bioteknologi Industri) (56) masing-masing daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP di istiadat berkenaan.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button