Nasional

Kisah sedih bekas kakitangan Utusan tak kunjung padam

KETIKA syarikat Utusan dalam keadaan tenat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pemimpin UMNO yang prihatin dengan nasib pekerja Utusan.

Ketika menyandang jawatan sebagai perdana menteri, beliau banyak membantu portal-portal berita yang ditubuhkan oleh bekas kakitangan Utusan.

Kini walaupun tidak berjawatan beliau tetap prihatin dengan nasib bekas wartawan Utusan.

Ismail Sabri petang ini meluangkan masa menyantuni bekas wartawan hiburan tersohor Utusan Malaysia, Rosli Manah, 55, di kediaman beliau, di Kajang, Selangor.

Rosli yang pernah menabur bakti lebih 26 tahun di Kumpulan Utusan (Melayu) Malaysia Berhad, kini diuji masalah kesihatan.

Ismail Sabri tiba pada pukul 3 petang dan meluangkan masa hampir sejam berbual dengan Rosli, isteri Asma Ghani, Aasif Esfan, 26(anak kedua) dan Daniel Ashman, 18 (anak bongsu). Manakala anak sulung Rosli, Dean Ilham, 27, keluar bekerja.

Ismail Sabri secara peribadi mengenali Rosli sebagai wartawan hiburan pada tahun 2007.

Hubungan mereka menjadi akrab selepas Rosli banyak membantu karier Gadaffi (Dafi), yang merupakan anak Ismail Sabri dalam bidang hiburan.

Sejak Kumpulan Utusan ditutup pada tahun 2018, Rosli melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup keluarganya.

Turut mengiringi Ismail Sabri ialah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik beliau, Datuk Ruhaidini Abd Kadir, Setiausaha Akhbar dan Asyraf Afnan Ahmad Murtadza.

(Visited 400 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button