Jenayah

Padah Hentak Orang Tua, Sekali Orang Ramai Kepung Dan Beri Tindak Balas!

Shah Alam: Lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan polis selepas memukul warga emas di tengah jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku 12 tengah hari tadi yang mana ia kemudian tular di media sosial.

Katanya, mangsa iaitu pesara swasta berusia 61 membuat laporan mengenai kejadian itu pada jam 2 petang tadi.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa memandu bersama isteri serta cucu untuk ke Putrajaya dan ketika sedang membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue (Seksyen 16), suspek yang menaiki motosikal Yamaha Y15 berada di sebelah kiri kereta menjerit dan memarahi mangsa.

“Mangsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran bagaimanapun selepas dia keluar dari kereta, suspek terus menendang mangsa di dada kiri.

“Lelaki itu juga mendakwa suspek duduk atas badannya dan menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi yang menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok.

Menurutnya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada di talian 018-9124770.

Terdahulu, satu rakaman berdurasi 21 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar sedang memukul seorang lelaki warga emas di tengah jalan.

(Visited 1,646 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button