Politik

Khalid, Melayu tak pandai berpantun

SEJAK terkeluar daripada kabinet akibat kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari lalu, Khalid Samad dilihat begitu aktif menggunakan Twitter miliknya.

Malah hampir setiap hari ada sahaja perkara diluahkan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkaitan beberapa perkara yang beliau tidak puas hati.

Terbaharu, tular tangkap layar ciapannya yang cuba membina beberapa rangkap ‘pantun’ menyelar pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang disifatkannya sebagai ikut ‘pintu belakang’.

[BACA ARTIKEL] Please Tun, tujuh ciapan Khalid Samad kepada Dr. M pagi ini — Suara Merdeka

Bagaimanapun, ‘pantun’ yang direkannya itu ditempelak netizen termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

NAJIB RAZAK

Beliau menyindir Khalid dengan membayangkan sekiranya Ahli Parlimen Shah Alam itu dipilih memegang portfolio kritikal dalam kabinet.

“Pantun? Cuba bayangkan Lid (Khalid) jadi Menteri Pendidikan. Tak pun menteri jaga kebudayaan,” katanya menerusi status yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

Pantun yang dikarang Khalid sebenarnya langsung tidak berbunyi pantun. Kerana, tidak ada pembayang dan maksud.

Pantun sepatutnya mempunyai rangkap, kerat dan pola a-b-a-b pada hujungnya. Tetapi, pantun yang dikemukakan Khalid langsung tidak ada ciri-ciri tersebut.

Hal demikian, dilihat sebagai kurang cerdik oleh netize yang rata-rata mengutuk dan menyelar ‘pantun’ yang dimuatnaik dalam Twitternya semalam.

“Sudah agak, yang paling meroyan dalam ramai-ramai mesti Mujahid dan Khalid ini sahaja. Yang lain, so..so..,” kata Afwan Kamaruddin.

[BACA ARTIKEL] Bersatu keluar Pakatan Harapan — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Guan Eng mahu korbankan jawatan menteri jika jadi punca Melayu tolak PH — Suara Merdeka

“Kalid sudah taksub sangat dengan DAP. Bila pencen tak dapat… selama 22 bulan memerintah pasti ada masuk poket. Goyang lah tu,” komen Zamani Azmi.

“Memalukan betullah Khalid. Budak sekolah rendah tahu asas pantun macam mana,” sindir Mohamad Ismail.

“Itu ke pantun? Macam mana rima hujung langsung tak menjadi? Khalid, Khalid… lebih baik diam dan berhenti dengan ajaran sesat,” tegas Maz Ahmad.

“Pantun sebegini boleh buat cikgu Bahasa Melayu mogok lapar,” seloroh Kristal Assyami Shah.

[BACA ARTIKEL] Tunai manifesto PTPTN: Eh, hello (Gung Eng) kenapa tak sempat? — Suara Merdeka

“Pantun apa ni pakcik? Dulu sekolah tak belajar ya macam mana cara hendak buat pantun. Huhuhu…malang sungguh. Tak perlulah kemaskini apa-apa pakcik. Update sahaja minta kena maki,” kritik Nana Maznah. – SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button