fbpx
Politik

Khalid burukkan bangsa sendiri – Isma

CIAPAN Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad mengundang mencetuskan kemarahan apabila mengeluarkan kenyataan disifatkan memburukkan bangsa sendiri.

Menerusi akaun Twitternya semalam, Khalid dipercayai menyamakan ketuanan Melayu sebagai Zionisme, White Supremacist dan Nazi.

Justeru, kenyataannya itu dikecam dan beliau juga disifatkan sebagai tidak memahami erti sebenar ketuanan Melayu di Malaysia.

Malah, beliau juga dilihat seolah-olah tidak tahu nilai toleransi yang sudah lama diamalkan di negara ini sejak sebelum merdeka lagi.

“Sejak bila Ketuanan Melayu itu sama seperti Zionisme, Nazi Hitler dan White Supremacist Trump?


BACA > Covid-19: Amitabh Bachchan dibenarkan balik rumah – Suara Merdeka

“Sejak bila orang Melayu memahami Ketuanan Melayu sebegitu rupa?

“Orang Melayu sudah membuktikan bahawa mereka sebuah bangsa yang sangat bertoleransi walaupun sudah sekian lama hidup dengan Ketuanan Melayu.

“Malah, kaum lain mampu hidup mewah dan kaya raya di Malaysia, termasuklah di kawasan-kawasan majoriti Melayu.”

Demikian kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya dalam Facebooknya semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam itu mengeluarkan kenyataan mempersoal isu ketuanan Melayu  dan menyifatkannya sebagai fahaman sesat.

“Ketuanan Yahudi, menghasilkan ‘Zionisme’. Ketuanan Aryan menghasilkan ‘Nazi Hitler’.

“Ketuanan Kulit Putih, menghasilkan ‘White Supremacist’ Trump.

BACA > Ambiga Pengerusi SPR: Perkasa harap ia tidak benar – Suara Merdeka

“Ketuanan Melayu sealiran dengan tiga fahaman sesat ini.

“Tolak Ketuanan bangsa!

“Kedudukan istimewa bukan ‘ketuanan’..,” ciapnya.

Justeru, Aminuddin mempersoalkan niat Khalid mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba Khalid membuat kenyataan sebegini.

“Biasanya apabila duduk saja-saja sambil bosan-bosan semasa cuti, dan membuat luahan sebegini datang dari suatu perasaan dan emosi yang menebal dan terpendam lama.

“Apa yang terbuku di dalam Khalid terhadap Ketuanan Melayu sebenarnya?

BACA > KJ ketinggalan bas – Suara Merdeka

“Apakah Khalid merasakan Ketuanan Melayu perlu dihapuskan kerana dianggap ‘sesat’ sebagaimana aliran sesat lain?

“Saya tak faham, apa faedahnya Khalid mengeluarkan kenyataan liar sebegini. Jangan kerana ‘mileage’ politik, kamu sanggup memburuk-burukkan bangsa sendiri,” tegasnya.

Kelmarin, Suara Merdeka melaporkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung perpaduan bangsa di negara ini.

Menurut Dr. Mahathir, bangsa terutama kaum pendatang yang sudah lama tinggal di negara ini sepatutnya melupakan kaitan dengan negara asal mereka.

Beliau menggesa rakyat mencontohi Amerika Syarikat (AS) yang berbilang kaum atau bangsa apabila pendatang di sana mengakui identiti mereka sebagai rakyat di sana.

BACA > Wawasan 2020: Di mana perpaduan Malaysia? – Suara Merdeka

Malah, mereka juga dikatakan sanggub berjuang untuk AS dan melupakan kaitan dengan negara asal. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button