fbpx
Politik
Trending

Khalid akui UMNO adalah ‘king maker’

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilihat mengakui kewujudan UMNO terus relevan apabila menyifatkan parti itu sebagai ‘king maker‘.

UMNO disifatkan sebagai ‘king maker’ kerana apa sahaja dasar yang diputusnya sekarang terutama berkaitan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) akan mempengaruhi kerajaan.

Justeru, segala mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dikatakan sebagai mendebarkan rakyat kerana parti itu merupakan penyokong terbesar kerajaan.

Ini termasuklah nasib dan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama menjelang sidang Dewan Rakyat pada 2 November ini.

“UMNO kembali releven, menjadi ‘king maker‘. Rakyat Malaysia terpaksa menunggu secara berdebar-debar mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) UMNO yang akan memutuskan siapa UMNO akan jadikan PM.


“Dan syarat syarat yang UMNO akan tetapkan untuk mendapat ‘yang terbaik’ bagi UMNO. Sebelum ini UMNO hampir pupus.”

Demikian kata Khalid menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini yang melihat kedudukan UMNO kini penting dalam memastikan kekukuhan kerajaan PN.

Dalam pada itu, beliau juga kini tidak melihat UMNO sebagai parti yang menyebabkan peralihan kuasa berlaku pada Februari lalu.

Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu, Muhyiddin dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pengkhianat yang menyebabkan UMNO berkuasa.

“Kehendak dan pilihan rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akhirnya dibakul-sampahkan dan politik Malaysia menjadi mainan 222 orang MP (Ahli Parlimen) yang dicaturkan mengikut kehendak pemimpin mereka.

“Inilah politik legasi pengkhianat iaitu MY (Muhyiddin Yassin) dan AA (Mohamed Azmin). Dua orang ini telah kembalikan kuasa geng kleptokrat,” katanya.

UMNO dahulu pernah menyatakan pendirian tetap menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum beliau meletakkan jawatan.

Malah, selepas Ahli Parlimen Pagoh menggantikan Dr. Mahathir, UMNO terus menyokong kerajaan semasa demi kesejahteraan rakyat dan negara. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button