Rencah Hidup

Raya terlajak SugarBomb diserbu 1,000 tetamu

RAYA boleh jadi secara ‘terkejut’ tahun ini, mengapa tidak sambutan atau majlis rumah terbuka disambut ‘terlajak’.

Demikian, kemeriahan yang dapat dirasai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri SugarBomb 2022 yang berlangsung pada Sabtu lalu di ibu pejabat jenama wangian terkenal itu di Bandar Bukit Raja, Klang.

Lebih 1,000 tetamu dari seluruh Malaysia termasuk peminat, penyokong, rakan artis, pihak media, reseller, ejen, stokis, rakan strategik dan logistik hadir memeriahkan majlis ibarat kenduri kahwin besar-besaran itu bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.

Suasana kemeriahan di Open House SugarBomb yang dibanjiri oleh peminat, artis, dan juga reseller

Menurut pengasas jenama di bawah syarikat, SugarBomb Worldwide Sdn Bhd berkenaan, Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali dengan nama Bos A itu, rumah terbuka dianjurkan secara berskala besar itu bertujuan menghargai semua pihak yang teguh menyokong mereka sejak tahun 2017 lagi.

“Ini kali kedua rumah terbuka kami adakan. Kali pertama kami adakan secara kecil-kecilan sahaja ketika jenama kami masih beroperasi di Setia Alam pada tahun 2018.

“Kali kedua ini lebih luas skopnya. Biarpun berlangsung selepas Syawal sudah berlabuh, kami kira tak lambat untuk menganjurkannya sebagai penutup Aidilfitri pada tahun ini. Biar lambat, asal selamat,” katanya.

Boss A berkongsi duit raya bernilai sehingga Rm10,000 kepada peminat dan tetamu yang hadir

Malah Bos A meneruskan tradisi berkongsi duit raya saban tahun kepada peminat setia jenama itu dengan memperuntukkan RM10,000 dikongsi secara rawak kepada tetamu yang hadir.

Kata graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronatik di University Of Bristol, United Kingdom (UK) itu lagi, setiap kali musim raya, dia mengganggap tradisi berkongsi duit raya itu sebagai kongsi rezeki.

“Dalam setiap rezeki kita, ada bahagian rezeki orang lain. Ada yang menderma, bersedekah dan juga mengagihkan duit raya. Saya tidak terkecuali.

“Ia tak terbatas musim raya semata-mata. Malah tradisi berkongsi atau menyumbangkan duit raya ini saya lakukan tanpa mengira masa di mana-mana sahaja.

“Ketika bercuti, mengembara atau berada di lapangan terbang pun, saya teruskan tradisi sebegitu.  Saya percaya besar mana jumlah duit raya ini, besar lagi sokongan mereka yang selama ini kebal menyokong kami secara langsung dan sebaliknya,” katanya.

Menghangatkan dan merancakkan momentum sambutan rumah terbuka, menu istimewa mengisi perut menjadi tarikan.

Dianggarkan kos penganjuran acara ini melebihi RM50,000.

Kejutan istimewa daripada Shiha Zikir yang mendendangkan lagu hari raya

“Kita sajikan tetamu yang datang dengan minuman Tea Live, minuman Cheers X Hausboom, durian, Alif Satay diusahakan oleh Alif Satar. Malah menu sampingan seperti lontong, mi goreng, ais krim Malaysia, cendol dan banyak lagi turut dihidangkan.

“Kita juga mengundang duta dan ikon SugarBomb iaitu Nabil Ahmad, Achey dan juga Shiha Zikir sebagai penyeri. Berkonsepkan street hawker, persembahan busking juga menjadi penyedap halwa telinga tetamu.

“Kami menggalakkan tetamu datang memakai baju raya. Tapi tidaklah wajib. Kehadiran mereka sudah kami syukuri dengan penuh keikhlasan ” katanya.

Malah sepanjang majlis berlangsung, kios menjual pewangi badan dan pewangi kereta rumah turut dijual dengan harga promosi istimewa.

“Pewangi badan 30ml EDP dijual dua botol pada harga RM100. Harga normal sebotol, RM59. Manakala pewangi kereta pula satu dijual pada harga RM10, tapi beli tiga kuantiti dengan harga RM28,” katanya. – SM

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button