fbpx
Nasional

Fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen – Khairy

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan laporan kononnya beliau menghantar surat pemberitahuan kepada setiausaha Dewan Rakyat berkaitan usul berhubung tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Hari ini telah tular gambar kononnya suatu surat pemberitahuan daripada saya kepada Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawa serta membincangkan usul tentang tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Saya menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul seperti dalam gambar yang telah disebarkan.

“Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti Barisan Nasional,” katanya dalam laman Facebook.

Penafian yang sama turut dibuat bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam Instagram beliau dengan menyifatkan bahawa surat itu adalah palsu.


Sebuah portal bahasa Inggeris hari ini melaporkan berkaitan surat berkenaan bertarikh 20 Nov dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ketika dihubungi portal itu tidak mengesahkan atau menafikan wujudnya usul berkenaan. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button