Nasional

“Sekarang Pun Ada Yang Jual Harga Ayam RM11.90, Selepas 1 Julai?” – Pengguna

Pengumuman pemansuhan subsidi ke atas harga ayam bermula 1 Julai menimbulkan keresahan pengguna kerana sebelum 30 Jun sekali pun, sudah ada pihak yang menjual ayam pada harga RM11.90.

Seorang pengguna Facebook, Ng Kok Nian berkata, tindakan kerajaan membenarkan pemain industri mengawal harga secara bebas adalah satu risiko yang cukup berbahaya.

“Sekarang pun harga dinaikkan gila-gila. Apa akan jadi selepas 1 Julai nanti? Perkara ini kalau tak dikawal, elakkan ayam pun boleh dijual RM15.00 sekilogram.

“Mohon kerajaan lihat balik perkara ini kerana ekonomi serba mencabar dan ayam antara bahan makan utama bagi rakyat di negara ini,” tulisnya di Facebook.

Kok Nian menulis demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bahawa beberapa barangan termasuk ayam dimansuhkan subsidinya bermula 1 Julai.

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button