Berita

Surau As Sobirin anjur golf amal, pancing kutip dana bina surau

SURAU As Sobirin SBCR, Saujana Utama, Sungai Buloh akan mengadakan pertandingan golf dan memancing amal bagi mengumpul dana pembinaan Fasa 3 bangunan surau tersebut.

Pengerusi Surau As Sobirin, Ahmad Fakhruddin Husain berkata, acara golf akan diadakan pada 7 Mac di Kelab Golf Monterez manakala memancing pada 8 Mac di Kolam Pancing AFPROW Saujana Utama.

Katanya, yuran penyertaan sebanyak RM250 seorang dikenakan bagi pertandingan golf manakala memancing pula sebanyak RM100.

“ Pihak Surau As Sobirin SBCR berharap dapat mengumpul seberapa banyak dana bagi menampung sebahagian kos pembinaan bangunan tambahan surau itu yang berjumlah kira-kira RM600,000.
“ Kerja-kerja pembinaan telah berjalan sejak beberapa bulan lalu kerana itu kita sangat mengharapkan sumbangan daripada orang ramai termasuk menerusi dua acara ini bagi membolehkan bangunan tambahan disiapkan sebelum Ramadan ini, “ katanya.

Menurut Fakhruddin kira-kira 30 hadiah ditawarkan kepada para peserta bagi acara memancing dengan hadiah utama ialah RM2,500 bagi tempat pertama, RM1,000 (kedua) dan RM700 (ketiga).

Bagi pertandingan golf pula sejumlah 30 hadiah menarik disediakan kepada para peserta selain hadiah cabutan bertuah dan makan malam.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai dua acara ini boleh menghubungi
Kamarul Azlan Baharin 0192816316 (golf amal) dan
Mohd Fadhil Majid 0103300118 (memancing)

Tarikh tutup penyertaan pada 2 Mac dan bayaran boleh dibuat
kepada :
SURAU AS-SOBIRIN SBCR
No Akaun: 12168010016979 (Bank Islam)

Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSftlaA6JI2ihDDaf_cvlPjjyyE5tlGa8PRyWeXfVm-2R6GmrA/viewform?usp=sf_link

(Visited 758 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button