Berita GajetEkonomiGajet

Telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai: HONOR Magic4 Pro diperkasakan oleh LTPO 1920Hz PWM Dimming Pertama Dunia

HONOR Magic4 Pro yang menampilkan ciri-ciri paparan paling hebat akan tiba 1 Jun ini – ikuti siaran langsung melalui laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang, dan terokai paparan lebih pintar dan berdefinisi lebih tinggi yang dapat menyelesaikan masalah pengguna telefon pintar.

honor

Rekaan Simetrikal Menampilkan Paparan Quad-Lengkung
HONOR Magic4 Pro menampilkan rekaan simetrikal HONOR "Eye of Muse" yang ikonik dengan 6.81 inci Paparan Quad-Lengkung LTPO dan bezel ultra nipis untuk pengalaman pemandangan yang memang mengasyikkan dan genggaman yang amat selesa. Bukan hanya sekadar skrin biasa, HONOR Magic4 Pro mempunyai paparan HDR 10+ dan pensijilan IMAX ENHANCED, 1.07 bilion warna dan DCI-P3 keluasan warna gamut, membolehkan pemandangan lebih jelas, sesuai untuk maratonton atau permainan game kasual.

LTPO dengan 1920Hz PWM Dimming Pertama Dunia: Teknologi Inovatif untuk penglihatan lebih selesa
Tabiat menghabiskan masa berjam-jam menatap telefon bimbit mengakibatkan masalah keletihan mata termasuklah sakit kepala, penglihatan kabur dan mata kering. HONOR Magic4 Pro dilengkapi teknologi canggih paparan LTPO dengan 1920Hz PWM Dimming. Ia mampu mengurangkan kecerahan yang tidak seimbang dan skrin yang berkerlip pada paparan, terutamanya dalam suasana yang gelap, amat sesuai untuk mereka yang banyak menghabiskan masa menatap skrin dalam gelap seperti di panggung wayang atau bilik tidur.

honor

Terima kasih kepada paparan LTPO, HONOR Magic4 Pro mengurangkan penggunaan bateri hasil teknologi HONOR Motion-Sync. Ia secara automatik akan menyesuaikan kadar segar semula daripada 1HZ kepada 120HZ mengikut situasi berbeza-beza, sekaligus membantu meningkatkan kecekapan kuasa dan penggunaan bateri sepanjang hari.

Cip paparan bebas MEMC: Meningkatkan kualiti video untuk pemandangan yang mengasyikkan
HONOR Magic4 Pro dilengkapi dengan cip paparan bebas MEMC dan teknologi penerapan mudah suai HDR, dicipta khas untuk menukar daripada video SDR kepada video HDR dan meningkatkan kadar bingkai daripada 30fps kepada 60fps. Firtur ini kini telah dipadankan dengan Youtube dan Netflix. Selepas mengaktifkan Frame Rate Booster and Video Enhancement, anda boleh menikmati kualiti video definisi tinggi dan lebih jelas.

Zaman sekarang orang dah biasa dengan filem HD, apabila ingin menonton filem-filem lama seperti filem P. Ramlee dan filem aksi Jackie Chan, pengalaman menonton selalu dijejas oleh definisi rendah. Dengan kehadiran HONOR Magic4 Pro, pengguna kini boleh mengaktifkan fungsi-fungsi tersebut dan terus menikmati pengalaman menonton filem klasik yang lebih selesa dan sedap dipandang. Maka atas faktor-faktor tersebut, Magic4 Pro memberikan penyelesaian lebih baik, sekaligus menghapuskan masalah yang dihadapi pengguna telefon pintar selama ini.

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button