AgamaNegeriRencah Hidup

Sentiasa perkasa institusi masjid – Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang penerima sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-8 bagi Tahun 2024 di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya institusi masjid di negeri ini sentiasa diperkasakan.

Titah Baginda, pemerkasaan institusi masjid perlu dilihat dari dua sudut iaitu sama ada pada pihak pengurusan masjid atau pengiktirafan masyarakat terhadap fungsi dan peranannya.

“Pihak masjid perlu memainkan peranannya dalam memantapkan pengurusannya sama ada dari segi pengimarahan atau fizikalnya selain turut berperanan mempertingkatkan kesejahteraan sosio ekonomi anak kariahnya,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Demikian titah Baginda sempena Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke-8 bagi Tahun 2024 di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM30,000 yang diterima Ku Chik Ku Mat Isa sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-8 bagi Tahun 2024 di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

“Dalam masa sama, peranan institusi masjid hendaklah sentiasa diiktiraf oleh masyarakat, melalui penyertaan dalam pengimarahan seperti hadir ke solat berjemaah dan kelas agama selain turut memberikan sumbangan kewangan bagi melestarikan ekosistem pengimarahan dan tadbir urus masjid yang kondusif,” titah Baginda.

Pada majlis berkenaan juga Raja Muda merangkap Yang DiPertua menyampaikan plaka penghargaan kepada Muslim Chatid Nawar yang telah menyumbangkan sebanyak RM101,000 bagi tujuan aktiviti pengimarahan di masjid-masjid seluruh Perlis yang disampaikan melalui MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni hadirin sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-8 bagi Tahun 2024 di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Di program yang sama juga pihak MAIPs turut menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM30,000 yang diserahkan oleh Baginda kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Ku Chik Ku Mat Isa.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs,Mohd Nazim Mohd Noor dan Imam Besar Negeri Perlis Ahmad Sirajuddin Abd Sattar Al-Hafiz. – SM

BACA Raja Muda saksi serahan sijil SKM kepada Koperasi Kariah Masjid Seberang Ramai

BACA Raja Muda rasmi Kempen Jom Ramadan di Perlis di Masjid Al-Hussain

(Visited 14 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button