Rencah Hidup

Peniaga tertipu pelanggan beri wang kertas palsu RM100

WALAU apa pun alasan yang diberikan, perbuatan seorang wanit membayar barangan yang dibeli dengan wang kertas palsu RM100 adalah suatu jenayah.

Orang ramai terutamanya peniaga harus berhati-hati apabila menerima wang kertas palsu RM100 daripada pelanggan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=720144688879449&id=100026517736533
Pelbagai modus operandi digunakan oleh si penipu untuk mengaburi mata peniaga atau juruwang.

Ditularkan visual yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) oleh pemilik akaun Facebook, Muhcsin Yusril menerusi page Komuniti Sungai Besi dan Bandar tasik selatan.

Tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran dan hati-hati kepada masyarakat di luar sana tentang perbuatan si penjenayah.

Menurut catatan Muhcsin Yusril, kebetulan anaknya menjaga kedai kerana dia pula sedang melakukan kerja-kerja di bahagian belakang.

Suspek membeli barangan bernilai RM23 dan memberi wang kertas RM100.
Bagi mengelirukan, suspek meletakkan wang kertas RM5 di atas wang kertas palsu RM100.

Butiran suspek yang ditulis di dalam buku log pelanggan juga palsu dan nombor telefon, tiada dalam perkhidmatan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=720271028866815&id=100026517736533
Suspek akan melontarkan banyak soalan dan membuatkan peniaga leka dan waktu suspek membuat kunjungan ke kedai mangsa adalah ketika operasi hampir tamat.

“Datangpun time nak tutup kedai,” catat Muhcsin Yusril.

Pada keesokan harinya, barulah mangsa menyedari wang kertas RM100 adalah wang kertas palsu.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang memberi wang kertas palsu dapat dikesan  dengan menggunakan peralatan pengesan wang tulen atau money detector.

Hasilnya ialah 70 peratus wang kertas RM100 yang diterima oleh mangsa adalah wang salinan (palsu).

Untuk pengetahuan semua, antara ciri-ciri wang kertas palsu mengikut perkongsian Muhcsin Yusril ialah:
– kertas terasa licin
-tiada bayangan Gabenor Bank Negara
-Dakwat sedikit kabur
-Garisan benang keselamatan putus-putus
-Ciri keselamatan UV tidak kemas
-Tiada garisan UV di tepi bahagian duit – SM

(Visited 949 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button