Nasionalpilihan

Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ Bukit Aman berkuatkuasa 16 April ini

DATUK Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 16 April ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Ayob Khan bakal menggantikan Datuk Seri Abd. Jalil Hassan yang akan bersara pada tarikh pelantikan tersebut.

Ayob Khan

Ayob Khan, 57, merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2022.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman. – SM

Artikel berkaitan > Ambil rasuah saya akan tangkap – Ayob Khan

(Visited 483 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button